Sunday, August 29, 2010

PAS putar belit Fatwa Kebangsaan Halalkan DAP masuk rumah Allah di Kajang




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Selawat dan Salam ke atas Rasul Junjungan dan untuk keluarga, sahabat dan Ulama yang berjuang menegakkan Islam.

Amma Ba'du


Isu bukan Islam memasuki masjid telah kecoh di dada akhbar negara kita. Perkara yang cuba dihalalkan oleh PAS yang kini bangga dengan taglinenya 'For All'

Maka dengan bangga juga Mahfuz Omar selaku Naib Presiden PAS mempertahankan tindakan Ahli Parlimen DAP Serdang dan juga terbaru Ahli Parlimen PKR Selayang yang telah masuk ke ruang solat.

Dibawa pendapat Majlis Fatwa Kebangsaan dengan harapan rakyat yang bodoh akan mudah ditipu oleh PAS yang sudah sangat terdesak dan tersepit antara kepentingan agama dan kepentingan peribadi.

Maka Mahfuz Omar (klik sini) telah menjawab dengan yakin sekali bahawa perbuatan Adun Bukan Islam itu tidak salah dengan membawa fatwa Kebangsaan.

Mari kita tengok keputusan Fatwa tersebut bagi melihat benar atau tidak dakwaannya yang boleh diakses di sini http://www.e-fatwa.gov.my/ :

Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid

Tarikh Keputusan: 1 Mar, 2010
Tarikh Mula Muzakarah: 1 Mar, 2010
Tarikh Akhir Muzakarah: 1 Mar, 2010
Oleh: Muzakarah Kali Ke-90

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Apabila Mahfuz Omar membawa fatwa beliau sengaja buat buat lupa bahawa syarat yang dibenarkan oleh Majlis Fatwa ialah mendapat keizinan pengurusan masjid danperlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid.

Dalam kes adun DAP jelas kita lihat syarat kedua iaitu tidak mencemarkan kesucian masjid sudah tidak dipenuhi. Dimana perbuatan membiarkan aurat jelas berlaku di ruang solat umat Islam.

Maka apabila syarat tersebut tidak dipenuhi tentulah orang bukan Islam samada mereka itu pelancong atau ahli politik.

Kesuciaan tidak sekadar luaran, tetapi secara maknawi / rohani juga perlu dikira dalam bab ini. Mungkin pakaiannya bersih tetapi adalah akidahnya bersih seperti kita orang Islam ? Adakah ada pembesar Quraisy yang memasuki masjid untuk berceramah kepada orang Islam di zaman Rasulullah s.a.w ??????

Sebelum ini Sultan Selangor telah bertitah agar masjid dan surau jangan dibiarkan dimasuki elemen politik. Ini titah dan menjadi perintah yang wajib ditaati oleh semua pihak samada Islam atau bukan Islam.

Bukankah apabila perintah Sultan dihina ia juga satu pencemaran kepada agama ? Adakah tindakan yang jelas menderhaka titah Sultan agar rumah Allah tidak dipolitikkan itu boleh dikira sebagai satu perkara yang baik dan tidak bercanggah dengan agama ?

Kekecewaan Sultan Selangor yang murka tindakan masuk rumah Allah oleh Ahli Parlimen DAP itu jelas seperti laporan di sini http://www.utusan.com.my/

Dosa menderhaka kepada titah Sultan lagi besar dari dosa dosa yang lain…Begitu juga membiarkan musuh agama menggunakan rumah Allah untuk mendapat keuntungan politik juga adalah satu PENGKHIANATAN dan PENDERHAKAAN yang teramat jelas !

Lihat berapa banyak insiden mencemarkan rumah Allah telah dibiarkan oleh PAS dan penyokong mereka sendiri menjadi talibarut membiarkan rumah Allah dicemarkan oleh Bukan Islam yang cuba mencari pengaruh politik di tempat ibadat orang Islam.

Insiden yang berlaku jelas menunjukkan kesucian Islam sudah dicabar sedikit demi sedikit oleh kafir harbi DAP yang jelas diketuai oleh Karpal Singh yang anti Islam.

Maka HARAM bagi orang Islam membiarkan musuh agama Islam memasuki ruang masjid meskipun atas dasar apa sekalipun samada untuk menyampaikan sumbangan atau bantuan.

Mahfuz Omar perlu dedahkan apa sebab dia begitu bersungguh-sungguh membela tindakan ahli politik bukan Islam masuk rumah Allah ?

Adakah dia berani menghadapi hukuman Allah di akhirat nanti kerana bersubahat dengan orang bukan Islam demi memperdayakan umat Islam di rumah Allah ?

Adakah tidak ada tempat lain yang boleh dijadikan tempat untuk tujuan membahagikan bantuan oleh ahli politik bukan Islam tersebut ?

e

r
n


Sebelum beredar sila baca juga Fatwa Majlis Kebangsaan tentang perpecahan Orang Melayu Islam di laman JAKIM



Masalah Perpecahan Orang Melayu/ Islam

Tarikh Keputusan: 15 Feb, 2001
Tarikh Mula Muzakarah: 15 Feb, 2001
Tarikh Akhir Muzakarah: 15 Feb, 2001
Oleh: Mesyuarat Khas

Keputusan:

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 15 Februari 2001 telah membincangkan Masalah Perpecahan Orang Melayu/ Islam. Mesyuarat telah memutuskan bahawa:
Tiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplin ilmu, iman dan ehsan. Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat lain bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman bahawa perlu ada tambahan syarat-syarat lain, selain daripada menepati rukun Iman dan rukun Islam seperti pengakuan atau sokongan kepada pihak tertentu sebelum seseorang itu ditentukan keislamannya adalah salah di sisi Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa cara jua pun akan fahaman tersebut adalah melakukan perbuatan yang termasuk dalam perbuatan menyebarkan ajaran salah atau menyeleweng.

Ketentuan syurga dan neraka adalah hak mutlak Allah SWT. Dari itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seseorang Islam layak ke syurga atau ke neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu, sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru atau menyebar dengan apa-apa cara jua pun akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebarkan ajaran salah dan menyeleweng.

Sumber:Panglima 


Friday, August 6, 2010

Canadian dream estate for sale - Propriété de rêve à vendre au Canada

ENGLISH

Hello, just to let you know that a superb estate is now for
sale in St-Nicolas, Québec, Canada. The 1,888 sq.ft. house
is build on a 45,000 sq.ft. woodland next to the chaudière
river and offer a magnific natural waterfall. It's a must
see !

http://207.56.175.79/maison/index.asp?lang=EN

------------------------------------------------------------

FRANCAIS

Bonjour, j'aimerais vous informer qu'une superbe propriété
est maintenant à vendre à St-Nicolas, Québec, Canada. La
maison de 1,888pc est construite sur un terrain boisé de
45,000pc qui longe la rivière chaudière et offre une
magnifique chute d'eau naturelle. Faut voir !

http://207.56.175.79/maison/index.asp?lang=FR



Karl Vallée
Webmaster



------------------------------------------------------------

This email is sent ounce only. We collected your email from
your web site on a public domain. We do not keep any emails.

Ce email vous est envoyé qu'une fois. Nous avons recueilli
votre email sur votre site web d'un réseau public. Nous ne
concervons aucun emails.

Monday, August 2, 2010

Fw: PESANAN PENTING UNTUK UMAT ISLAM MELAYU SELURUH DUNIA - SEBARKAN

 

Tolak Perpaduan Islam Boleh Jatuh Fasiq, Kafir -Tuan Guru Haji Abdullah (Pondok Geting)


TUMPAT 2 Ogos – Tokoh agama Kelantan, 'Tuan Guru Hj Lah Pondok Geting' menyeru agar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kepimpinan Pas yang lain agar bermuhasabah dan mengenepikan ego berhubung perpaduan Melayu dan umat Islam di negara ini.

Pada masa yang sama guru agama itu kesal Pas mengikut telunjuk Dap ibarat 'lembu dicucuk hidung.'

Pengasas Madrasah An-Najmiyyah, Geting atau nama sebenarnya Tuan Guru Hj Abdullah Hj Saamah An-Najmi, berkata tindakan golongan yang menolak perpaduan Melayu dan umat Islam merupakan satu perbuatan yang menyalahi apa yang diseru oleh Allah s.w.t.

Malah bagi beliau, golongan berkenaan boleh menyebabkan sekurang-kurangnya menjadi fasik dan bidaah 'dolalah' serta boleh menjadi kafir.

"Ini kerana Allah s.w.t menyuruh kita bergerak ke arah perpaduan, dan Rasulullah s.a.w menyeru kita ke arah yang sama khususnya dalam keadaan kita (umat Islam) hari ini yang menuntut kita bersatu padu.

"Tetapi Pas adalah sebaliknya dengan menolak perkara itu dan mengadakan perpaduan bersama Dap yang secara terang-terangan menentang Islam. Kalau menang mereka (Pakatan pembangkang), bukan sahaja UMNO hancur, malah Pas pun akan hancur.

"Perpaduan macammana jika hasilnya sedemikian rupa. Apa untungnya kita. Bak kata pepatah, rugi sekarung tetapi untung hanya seguni bahkan tidak ada untung langsung," katanya dalam temubual eksklusif bersama UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau yang sebelum ini bergiat aktif di dalam Pas seterusnya menambah, Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud tidak boleh berpecah belah khususnya untuk mempertahankan kedaulatan Islam dan sebagainya.

"Maknanya Allah S.W.T suruh kita mempertahankan kedaulatan dan keistimewaan orang Islam. Malah manfaatnya perpaduan Pas dengan UMNO ini cukup besar. Apabila Pas dengan berpadu dengan persetujuan yang baik ianya akan memberi kekuatan orang Melayu dan umat Islam di Malaysia dan kita boleh membantu kekuatan orang Islam lain di dunia luar yang lain seperti di Palestin, Bosnia dan sebagainya.

"Sekiranya kita tidak bersatu, ekonomi pun tidak akan bersatu. Perkataan sendiri pun (cakap saja) tidak akan jadi perpaduan serta kelakuan pun tidak menjurus ke arah perpaduan. Tetapi apabila kita bersatu padu, ekonomi pun akan menjadi kuat dan mantap.

"Sebenarnya hasil daripada perpaduan itu, orang-orang bukan Islam pun akan terkena tempias dengan manfaat yang sangat baik. Tidak akan wujud perkauman malah kaum lain akan mendapat nikmat yang baik termasuklah memberi satu rahmat kepada pembangunan bangsa dan negara Malaysia secara menyeluruh. Kesimpulannya selamat di dunia dan selamat di akhirat," katanya.

Beliau seterusnya mengajak umat Melayu di negara ini melihat kedaulatan Melayu dan kedaulatan di negara jiran terdekat Singapura.

"Inilah yang kita perlu khuatirkan. Dan saya setuju jika mengatakan Dap adalah penasihat kepada Nik Aziz. Malah lebih daripada itu. Menjadi tuan kepada Pas dan Pas menjadi lembu yang dicucuk hidung," katanya.

Beliau seterusnya menambah, orang UMNO dan orang Pas semuanya umat Nabi Muhammad S.A.W.

"Allah menyeru perpaduan untuk mempertahankan keistimewaan Islam, mempertahankan ahli sunnah wal jamaah, kita kena taat perpaduan berkenaan. Orang yang berpecah belah azab yang amat besar menanti mereka dia akhirat.

"Hadis Nabi ada menyebut siapa yang bercerai akan dia jamaah perhimpunan perpaduan, tinggal perpaduan sesama Islam dengan imam al-Azam (Datuk Seri Najib) dan mahukan perpaduan dengan mereka yang secara terang-terangan menentang Islam, Dap umpamanya maka sesungguhnya telah mencabutlah ia akan simpulan Islam daripada batang tengkuknya," katanya. - MediaUMNO (sumber klik sini)




Komen Panglima :


Perintah Allah jelas agar :

1. Perpaduan wajib diwujudkan sesama Islam dan perpecahan dilarang keras oleh Allah.

Firman Allah:

tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allahmenyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). DemikianlahAllah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya. 
( سورة آل عمران , Aal-e-Imran, Chapter #3, Verse #103)



2. Melanggar perintah Allah boleh menjadikan seseorang fasiq atau kafir. Atau zalim. Kerana perintah Allah wajib ditaati tanpa sebarang khilaf.



3. Putar belit PAS dalam hal ini boleh membahayakan kedudukan umat Islam yang semakin diancam oleh Cauvanis Cina yang mahukan kekuasaan selepas mereka mendapat kekayaan melalui dasar berlandaskan keadilan yang dibuat oleh Kerajaan. Jika mereka berada di negara lain tentu peluang sebegini mustahil diperolehi.


4. Sifat dan sikap Rasulullah s.a.w adalah sangat kasih sesama saudara seagama dan keras terhadap musuh Islam yang menentang Islam yang dibawa oleh baginda. Maka itu, DAP tidak harus dijadikan 'teman sebantal' oleh PAS dan harus dijauhi sejauh-jauhnya walau apa jua pujukan dan tawaran duniawi mereka mahu berikan.

Firman Allah :

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam).

Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat dalam wajah mereka dari kesan sujud (dari cahaya ibadat mereka yang ikhlas).

Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab taurat dan sifat mereka di dalam Kitab injil pula ialah: (Bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Dia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki dengan kembang biaknya umat Islam itu.

(Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar. 
( سورة الفتح , Al-Fath, Chapter #48, Verse #29)


5. Perkataan Tuan Guru Hj Abdullah sangat tepat di mana PAS boleh ditipu dalam situasi pakatan mereka hari ini. PKR dan DAP sangat licik untuk mengelirukan Pak Lebai Pak Lebai dalam PAS yang sedikit kurang pengalaman dalam politik dan tidak kisah dicucuk hidungnya demi sedikit kekayaan dan kekuasaan dunia.



6. Umat Islam perlu bangkit menyahut seruan alim ulama termasuk sebelum ini oleh Mufti Mufti yang sedar ancaman musuh Islam menerusi perjuangan politik yang menggunakan umat Islam yang munafiq dan fasiq serta rakus merebut kekuasaan hingga membelakangkan hukum Tuhan.



7. Jangan kita 'dikencing kubur' oleh anak cucu kemudian hari jika kita gagal bangkit mengusahakan perpaduan antara Islam khasnya Umno dan Pas sedangkan masa depan kita makin kelam dari hari ke hari ekoran pergeseran antara pemimpin kita khasnya dari pihak pembangkang.



Mari kita doakan dan anjur solat hajat beramai ramai di mana sahaja untuk memohon kepada Allah agar penyatuan ini dapat membenteng Agama, Bangsa dan Negara kita dari tangan tangan yang jahat dan ingin merosakkan akidah dan kemakmuran negara agar makin mundur dan tidak dapat maju dan setanding negara lain di dunia.



Mohon disebarkan jika masih ada cinta kepada Agama Bangsa dan Negara jiwa dan dada anda !!!



SUMBER :