Sunday, January 30, 2011

Reaksi PM Kemenangan Besar BN di PRK Tenang Dari Abu Dhabi

Kemenangan jadi perangsang - PM

ABU DHABI 30 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini meneruskan momentum kejayaan parti itu dalam pilihan raya-pilihan raya kecil sebelum ini.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada pengundi, Perdana Menteri berkata, momentum kejayaan yang ditunjukkan di DUN Tenang berterusan selepas BN mencapai kemenangan di DUN Galas, Kelantan dan Parlimen Batu Sapi, Sabah pada November lalu.

''Ia membuktikan kejayaan BN dalam pilihan raya kecil kebelakangan ini bukanlah kejayaan sementara atau sekelip mata tetapi mampu diterjemahkan di tiga buah negeri yang berasingan.

''Semua ini menunjukkan trend peningkatan sokongan kepada BN termasuk sebelumnya di Parlimen Hulu Selangor boleh dikatakan semakin menyeluruh dan mantap," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama wartawan Malaysia, di sini hari ini.

Najib mengulas kejayaan calon BN di DUN Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim yang menewaskan calon Pas, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi pada pengundian yang dijalankan hari ini.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, walaupun peratusan keluar mengundi menurun berikutan banjir yang melanda namun beliau berharap kejayaan tersebut dijadikan dorongan merangsangkan BN di negeri-negeri lain bagi membuat persediaan untuk membolehkan kejayaan lebih besar dicapai.

''Walaupun kita menghadapi tentangan agak hebat di DUN Tenang daripada jentera pembangkang tetapi segala isu yang dilemparkan oleh mereka tidak diterima oleh pengundi.

''Sebaliknya pengundi membuat keputusan yang bijak dan matang bahawa apa yang mereka penting ialah masa depan kawasan dan negara pada keseluruhan, ini jelas menunjukkan tahap keyakinan mereka kepada BN semakin kukuh dan meningkat.

''Ia memberikan kita semangat untuk bekerja lebih gigih lagi untuk kepentingan rakyat. Saya selalu menekankan bahawa apa yang kita lakukan mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan apabila kita mendahulukan kepentingan rakyat, mereka akan membalas balik usaha berkenaan dengan memberi sokongan yang lebih padu kepada BN," katanya.

Beliau berkata, BN akan mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di DUN Tenang termasuk undi-undi yang telah diperolehi sama ada di peti undi pengundi Melayu, Cina dan India.

Najib juga mengucapkan tahniah kepada semua pemimpin dan jentera BN terutamanya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada sayap-sayap UMNO dan sahabat BN seperti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Makkal Sakhti dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut membantu kejayaan BN. - utusan


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0131&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm


Sent from my iPad

Saturday, January 29, 2011

Edisi Sedih PRK Tenang : Sah Normala Telah Berpisah Dengan Suami !!!

Suami beliau Maarof sudah sah berpisah dengan isterinya...


Gambar dari Blog Rajah Mas di bawah membuktikan perkara tersebut.


Jika isu ini tidak terbongkar maka Panglima pasti suaminya akan berterusan menyalahgunakan cuti sakit yang diberi oleh doktor untuk menemani isteri ke mana sahaja.

Selepas terbongkar dengan kuasa Allah penipuan beliau tentang cuti sakitnya maka semalam beliau tidak lagi mengiringi isteri walau masih diberi cuti MC.


Perpisahan yang menyakitkan..


tetapi menguntungkan kita kerana ia isu yang jelas adalah bukan rekaan atau fitnah oleh bloggers.


Kebenaran memang pahit untuk ditelan Normala yang kehilangan suaminya tetapi kerana membela kebenaranlah perkara sebegini kita bongkarkan bersama-sama.


link Blog Rajah Mas ada di bawah













Sent from my iPad

Isu Tanah Calon BN sebenarnya Angkara Peguam PAS !!!


Pas telah menjadikan isu sekeping tanah milik seorang lelaki yang telah dilelong sebagai modal utama kempen mereka di prk Tenang.

Malam tadi saya telah mendapat gambaran sebenar kes tersebut dan hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua perkara yang sebenar.

Seorang lelaki bernama Mansor adalah pemilik tanah di Lot 2091, Mukim Jabi, Daerah Segamat.

Mansor telah membuat pinjaman dengan bank CIMB dan menjadikan tanahnya sebagai cagaran.

Mansor telah gagal membayar balik pinjamannya kepada bank.

Berkali-kali Mansor diberi peluang oleh bank dengan cara baik agar menjelaskan pinjamannya.

Bagaimanapun Mansor tetap gagal menjelaskannya walaupun peluang demi peluang telah diberi.

Akhirnya bank menyerahkan kes Mansor kepada peguam panel mereka untuk tindakan undang-undang.

Peguam panel kepada bank bernama Firdaus. Peguam ini orang Pas.

Setelah kes diserahkan kepadanya, maka peguam yang juga orang Pas meneruskan tindakan undang-undang terhadap Mansor. Tindakannya ialah membuat urusan untuk melelong tanah milik Mansor bagi membolehkan bank mendapat balik wang mereka.

Untuk melelong tanah tersebut pihak bank melalui peguamnya perlu mendapat kebenaran pejabat tanah sebagai pentadbir.

Setelah bank menunjukkan segala bukti-bukti dan hujah-hujahnya mengapa tanah tersebut perlu dilelong, maka pihak pejabat tanah tidak ada alasan untuk tidak membenarkannya.

Lalu pejabat tanah telah memberi kebenaran bank untuk melelong tanah tersebut berdasarkan segala bukti dan hujah yang diberikan oleh peguam yang mewakili bank.

Beberapa hari sebelum tanah tersebut di lelong, Mansor telah datang ke bank dan berbincang dengan bank serta membuat bayaran kepada bank sebanyak RM 10 ribu bagi mengelakkan tanahnya dilelong.

Setelah menerima bayaran dari Mansor, peguam (orang Pas) yang mewakili bank TIDAK memaklumkan kepada pejabat tanah agar urusan lelongan tanah Mansor ditarik balik atau ditangguh kerana dia telah membuat bayaran kepada bank.

Pejabat tanah yang tidak tahu apa-apa tentang perkara tersebut telah meneruskan lelongan tanah Mansor pada hari yang telah ditetapkan untuk melelongnya.

Akhirnya tanah Mansor telah dilelong kerana KEGAGALAN peguam(orang Pas) memaklumkan kepada pejabat tanah agar urusan lelongan ditangguh atau dibatalkan kerana Mansor telah membuat bayaran kepada bank.

Tanah tersebut telah dibeli oleh seorang wanita. Apabila perkara tersebut sampai ke pengetahuan Mansor, maka Mansor telah mengambil tindakan mahkamah terhadap pejabat tanah.

Akhirnya mahkamah memutuskan agar tanah tersebut dipulangkan kembali kepada Mansor dan bank pula diminta membayar kembali wang kepada wanita yang membeli tanah tersebut.

Wanita tersebut tidak berpuashati, katanya beliau telah mengalami kerugian kerana selepas membeli tanah itu beliau telah bercucuk tanam atas tanah tersebut.

Akhirnya wanita tersebut saman pula pejabat tanah, bukannya beliau saman Azhar Ibrahim secara peribadi sebagaimana yang dicanang oleh juak-juak Pas yang otak kemetot seperti Shamsul Iskandar Mat Akin.

Perkara ini telah dijelaskan oleh blogger MIK beberapa hari lepas. Klik disini

Kesimpulannya, dalam kes ini Azhar Ibrahim (calon BN) tidak melakukan sebarang kesalahan.

Beliau menjalankan tugasnya mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Orang yang perlu dipertanggungjawab dan bersalah dalam hal ini adalah peguam yang mewakili bank, Firdaus yang juga orang Pas.

Dia perlu dipersalahkan kerana gagal memaklumkan kepada pejabat tanah supaya urusan lelongan ditangguh atau dibatalkan.

Saya difahamkan Firdaus yang membocorkan perkara ini kepada Pas untuk didedahkan dalam kempen prk ini.

artikel dari RBF (Ruang Bicara Faisal)


klik : http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/01/penjelasan-isu-tanah-calon-bn.html


Sent from my iPad

Reaksi Pucat Gementar Calon Pas Cikgu Normala Semasa Jawab Cuti Sakit Suaminya !!!

Friday, January 28, 2011

Gempar : Sijil SPM Calon PAS Sudah Terdedah - Jom Tengok !

Sijil Sakit suami dah terdedah. Sijil SPM baru terdedah. Sijil kahwin je belum lagi.

Cuma bila dah tengok banyak sangat isu yang keluar maka kita terfikir apakah sesuai calon Pas ini menjadi wakil untuk rakyat di N05 Tenang?

Adakah isu MC 21 hari Cikgu Marof suami Normala yang tidak dinafikan oleh Normala adalah isu kecil? Pelik kenapa cuti diberi semasa kempen PRK. Kementerian Kesihatan perlu menyiasat perkara ini agar wang rakyat tidak dibazirkan kepada orang yang bukan hak.

Sedangkan kita tahu jika seseorang mendapat sijil sakit maka dia sepatutnya berehat bukan sibuk ke sana ke mari bantu isteri seperti yang dilakukan oleh suami Normala. Atau adakah suami beliau takut isterinya akan lari ?

Begitu juga kes perkahwinan pertama yang gagal juga memberi persepsi yang tidak baik kepada generasi muda. Kegagalan perkahwinan pertama yang terlalu singkat membuktikan bagaimana kegagalan Normala menjaga rumahtangganya dengan baik. Perkara ini juga tidak dinafikan oleh Normala sendiri.

Maka setelah segala fakta yang bukan fitnah ini disebarkan maka pengundi perlu sedar calon BN lebih berkualiti untuk menjadi wakil Tenang. Calon Wakil Rakyat yang mempunyai rekod sangat baik walaupun cuba diaibkan oleh Pakatan Haram dengan isu tanah namun ia berjaya dipatahkan dengan mudah.

Kes berkenaan adalah jelas disebabkan kesilapan kerani bukan Azahar Ibrahim selaku ADO. Dan malang sekali bagi Pakatan kerana mereka hanya ada satu sahaja kes yang dibawa ke mahkamah sepanjang Tok Ai menjadi ADO di sana untuk dijadikan modal burukkan nama Tok Ai.

Kelebihan Tok Ai yang berpengalaman luas dalam hal pentadbiran, dan merupakan keturunan pengasas kampung Tenang yang digelar Tok Tenang serta mempunyai keluarga yang ramai adalah kelebihan yang ketara berbanding calon Pas.

Maka Panglima menyeru agar pengundi di Tenang memilih calon BN yang lebih layak. Kita takut apabila amanah diberi kepada yang bukan ahlinya maka kehancuranlah yang akan dinikmati oleh kita akhirnya.

Selamat mengundi dan undilah dengan tenang demi Islam, Melayu dan Malaysia.


info : http://azlantaib.blogspot.com/2011/01/cikgu-mala-bukan-tak-pass-spm-cuma.html


Sent from my iPad

Panasss : Rakyat Berang Suami Normala Cuti Sakit 21 Hari Walau Ikut Isteri Tiap Hari !!!

oleh: TG AZMAN TG ABAS 

image.jpeg

LABIS 27 Jan -  Tindakan  suami calon Pas,  Maarof Abd Mutalib  yang dilaporkan mengambil cuti sakit selama 21 hari  menimbulkan pelbagai persoalan dan keraguan serta kemarahan ibu bapa pelajar sekolah terbabit.

Yang menjadi persoalan serta kemarahan ibu bapa berkenaan adalah jika benar beliau sakit bagaimana beliau dilihat sentiasa bersama isterinya, Normala Sudirman berkempen di setiap pelusok di Tenang.

Seorang bapa yang menetap di Kg Tenang Stesen, Taib Abdullah, 51 berpendapat Cikgu Maarof bukan sahaja tidak amanah kepada Allah s.w.t, dirinya, malah kepada seluruh pelajar dan kerajaan.

"Bayangkan…..kata ada sijil cuti sakit tetapi boleh pula bergerak ke hulu ke hilir pusing seluruh Tenang berjumpa dengan pengundi bersama isterinya.  Kalau dah sakit, duduklah di rumah. Kalau buat-buat sakit jawablah di akhirat kelak.  Sanggup beliau menipu semata-mata nak ikut kempen isterinya.

"Bayangkan…..kata ada sijil cuti sakit tetapi boleh pula bergerak ke hulu ke hilir pusing seluruh Tenang berjumpa dengan pengundi bersama isterinya.  Kalau dah sakit, duduklah di rumah. Kalau buat-buat sakit jawablah di akhirat kelak.  Sanggup beliau menipu semata-mata nak ikut kempen isterinya."

"Tidak terfikirkan beliau duit gaji yang diambil itu adalah duit yang diragui.  Tindakan beliau mengambil cuti sakit bukan saja menyusahkan pihak sekolah, guru malah turut menjejaskan pelajaran murid. Saya yakin ramai ibu bapa kecewa dan marah dengan tindakan suami calon Pas ini," katanya.

Beliau seterusnya mempersoalkan jika beliau tidak sakit tetapi mengambil cuti sakit bermakna beliau telah melakukan penipuan.

"Bukan sehari dua dia ambil cuti sakit tetapi tiga minggu…. Dia sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada pelajar…. Jangan jadi cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari.

"Lagi satu, beliau secara terang-terangan menyokong parti pembangkang. Ini sewajarnya diambil tindakan yang sepatutnya oleh kerajaan. Menipu satu hal. Sokong pembangkang secara terbuka satu hal lagi. Kementerian Pelajaran wajib menilai tindak-tanduk beliau yang saya khuatiri boleh menjejaskan masa depan anak-anak sekolah di sini," katanya.

Sementara itu, Rokiah Ali, 53  dari kampong yang sama mengingatkan balasan Allah terhadap mereka yang tidak jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

"Tugas guru merupakan tugas yang mulia.Jangan jadi penipu. Beliau tidak sepatutnya buat begitu. Gaji yang diambil itu untuk kegunaan keluarga dan menjadi darah daging. Ingatlah balasan Allah.

"Kalau betullah beliau berbuat demikian, saya khuatir tindakan itu akan menjadi ikutan dan contoh kepada anak murid di sekolah terbabit.," katanya.

Sementara itu, Robiah Majid, 47 yang turut mempunyai anak di sekolah berkenaan turut melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Cikgu Maarof yang sanggup mengabaikan tanggugjawab semata-mata berkempen untuk isterinya.

"Kalau betul apa yang orang kampong hebohkan hari ini itu betul tak eloklah…Makan gaji  tidak berkat. Jadi darah daging.Kita orang Islam takkan beliau tidak tahu hal halal dan haram.

"Tak eloklah beliau buat begitu. Kalau dah begitu, apa lagi yang saya nak katakan. Kecewa tu memang kecewalah sebab dengar kata beliau ambil cuti sakit tetapi ikut isterinya berkempen. Tak eloklah cikgu buat begitu., Sebagai ibu saya tidak mahu anak-anak kita tiru perangai begitu," katanya.

Dalam perkembangan sama, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Station, Pn Norani Saring mengesahkan Cikgu Maarof mengambil sijil cuti sakit.

Namun beliau enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada pihak Pelajaran Daerah untuk membuat sebarang ulasan.
































































































http://www.youtube.com/watch?v=Owax4v2zNZ8&feature=youtube_gdata_player







Sent from my iPad

Monday, January 24, 2011

Zulkiflin Nordin Desak Mb Selangor Dan Speaker Letak Jawatan Ekoran Sidang Menderhaka Sultan !

Terbukti cubaan Pakatan pembangkang untuk meminda Undang-Undang Perlembagaan Selangor untuk memberi kuasa kepada mutlak kepada Menteri Besar memilih dan melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri telah GAGAL! Gagal kerana mereka tiada dua pertiga majoriti, walaupun pelbagai usaha dan taktik kotor yang mereka lakukan, termasuk memecat keahlian ADUN Pelabuhan Kelang YB Badul Hisham.

Cubaan meminda Artikel 52 Undang-Undang Perlembagaan Selangor yang dikompangkan sebagai untuk mengembalikan kuasa Tuanku Sultan sebenarnya adalah untuk "memperkudakan Tuanku Sultan". Hakikatnya Tuanku Sultan Selangor akan hanya menjadi "tukang cop & rubber stamp" Pakatan pembangkang sahaja. Kerana walaupun atas kertas Tuanku yang memilih dan melantik, tetapi Tuanku perlu merujuk kepada Menteri Besar dan mendapat "perkenan" Menteri Besar" sebelum membuat sebarang perlantikan. Tindakan yang jelas menghina dan merendahkan martabat dan kedudukan Tuanku Sultan.

Dan sikap merendahkan dan memperlekehkan Tuanku Sultan Selangor ini telah awal-awal mereka tunjukkan apabila mengeluarkan notis untuk mengadakan sidang tergempar DUN tanpa merujuk kepada Tuanku. Dan mereka hanya memohon perkenan Tuanku Sultan setelah notis dikeluarkan, itupun setelah dikritik hebat oleh rakyat dan kepimpinan politik.

Pada teman, kegagalan cubaan meminda Undang-Undang Perlembagaan Selangor ini membawa mesej yang jelas, bahawa Menteri Besar dan Speaker telah gagal. Disebabkan kegagalan itu, teman berpendapat Menteri Besar dan Speaker wajib meletakkan jawatan. Kalau mereka ada maruah, mereka wajib meletakkan jawatan. Dan teman cabar mereka supaya melakukan apa yang mana-mana pemimpin bermaruah akan lakukan; pikul tanggungjawab kegagalan itu dan letak jawatan!!

Begitu juga kesemua Exco dan semua ADUN Pakatan pembangkang yang menyokong cubaan pindaan Undang-Undang Perlembagaan Selangor ini. Kesemua mereka juga wajar meletakkan jawatan kerana tindak-tanduk mereka jelas langsung tidak menghormati kedudukan dan kuasa Tuanku Sultan Selangor. Kalau ada harga diri dan maruah, letaklah jawatan.

Malahan pada teman, Pakatan pembangkang sepatutnya membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor. Ini untuk membolehkan rakyat memilih untuk melantik kerajaan baru. Kerana semasa pilihanraya umum ke 12 lepas, pindaan kepada Undang-Undang Perlembagaan Selangor untuk memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar dan menurunkan martabat dan kedudukan Tuanku Sultan Selangor tiada didalam manifesto mereka. Malah pada teman, ini satu penipuan pilihanraya, kerana rakyat diperdaya memilih mereka tanpa mengetahui mereka mempunyai agenda yang tersembunyi untuk mendapat kuasa mutlak.

Tetapi teman cukup yakin, mereka bukan sahaja tidak akan meletakkan jawatan, ataupun membubarkan DUN. Mereka tahu kalau itu berlaku mereka sendiri akan bungkus, kerana sudah pasti rakyat Selangor sudah muak dan jelak dengan politiking mereka yang tak habis-habis, tetapi kebajikan dan kepentingan rakyat diabaikan.

Malahan teman yakin mereka akan turun kampung masuk kampung, keluar internet masuk internet bahawa UMNO/ BN telah menolak usaha untuk mengembalikan kuasa Tuanku Sultan. Mereka akan kompangkan UMNO/ BN anti Raja, anti istana. Mereka akan kompangkan yang mereka dizalimi. Mereka akan kompangkan bahawa Datuk Ahmad Khusrin adalah agen dan balaci UMNO/ BN yang dihantar untuk menjatuhkan dan sabotaj Pakatan pembangkang di Selangor.

Teman juga cukup yakin mereka akan kompang sakan bahawa kegagalan meminda Undang-Undang Perlembagaan Selangor ini membuktikan rakyat perlu memberi mereka majoriti dua pertiga dalam DUN Selangor. Maka akan dicanangkan supaya dalam pilihanraya ke 13 akan datang rakyat perlu memberi undi majoriti 2/3 kepada Pakatan pembangkang; maka barulah mereka boleh berbuat sesukan hati mereka. Kalau tak percaya yop, cuba dengar ceramah dema di Tenang & Merlimau nanti. Cuba tengok media mereka nanti. Jangan temberang lah yop, teman dah masak dengan pe'el dema ni yop!!

Apa pun, yang paling jelas ialah kedudukan Datuk Ahmad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri tetap kekal. Beliau sepatutnya dibenarkan menjalankan tugas dan tanggungjawabnya tanpa sebarang halangan dan gangguan lagi. Sekiranya ada pihak masih mempertikaikan kedudukan dan jawatan beliau, pada pendapat teman mereka melakukan kesalahan jenayah menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan wajib disiasat dan diheret ke Mahkamah dan jika sabit kesalahan, hendaklah dihukum dengan hukuman yang berat. Dan mereka juga jelas menghina Tuanku Sultan kerana perlantikan dan pemilihan Datuk Ahmad Khusrin bukan sahaja mendapat perkenan Tuanku, malahan sudahpun mengangkat sumpah dihadapan Tuanku Sultan.

Dan yang paling jelas, dan perlu rakyat membuka mata ialah untuk melihat betapa liciknya kepimpinan DAP memainkan dan memperkudakan segelintir orang Melayu untuk menentang Raja, agama dan bangsanya sendiri. Ini adalah bukti amalan politik cauvinis, rasis dan bigotri demokrasi yang jelas. Teman berharap rakyat dan umat dapat membuka mata, dan menolak politik sempit dan cauvinis ini. Rakyat dan umat wajib menolak Pakatan Syaitan yang akan menjahanamkan masadepan negara dan rakyat Malaysia. Amin!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
19 Safar 1432
24 Januari 2011




Sent from my iPad

Sunday, January 23, 2011

Artikel Khas Isu Pindaan Undang-Undang Selangor : Agenda Jahat Pembangkang Kembalikan Kuasa MB Melebihi Sultan Didedahkan Peguam !!! Mohon Sebarkannnn

Pindaan jadikan Sultan Selangor rubber stamp sahaja


KUALA LUMPUR 23 Jan. - Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 jika diluluskan dan diguna pakai akan menjadikan Sultan Selangor sebagai rubber stamp atau tukang cop sahaja dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), pegawai kewangan dan Penasihat Undang-Undang negeri.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, ini kerana menerusi pindaan itu baginda diwajibkan merujuk nama yang diberikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri kepada Menteri Besar untuk dipersetujui.

Menurut beliau, Menteri Besar boleh menolak nama calon itu seterusnya memberi nama lain dan sultan langsung tiada kuasa untuk menerima atau menolak 'perkenan' Menteri Besar itu.

Katanya, sekurang-kurangnya dalam peruntukan sekarang, Sultan Selangor diberi penghormatan dan pengiktirafan untuk menentukan calon bagi jawatan itu apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebagai suatu amalan akan mengemukakan beberapa nama kepada baginda untuk diperkenan.

"Sultan di peringkat ini boleh menolak dan meminta diberi senarai lain dan baginda boleh mencadangkan nama seseorang yang diperkenan tuanku. Kebiasaannya SPA akan menerima cadangan baginda. Setakat ini belum pernah berlaku SPA tidak menerima perkenan Sultan Selangor.

"Tetapi dengan cara putar-belit oleh pembangkang, keadaan menjadi terbalik," katanya menerusi entri terbaru blog beliau http://zul4kulim.blogspot.com/ bertajuk Rampasan Kuasa Diraja hari ini.

Beliau mengulas cadangan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor untuk meminda Undang- Undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa pemerintah dan Menteri Besar dalam pelantikan ketiga-tiga jawatan pegawai tertinggi negeri itu pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.
Menurut Zulkifli, menerusi pindaan itu kuasa mutlak pelantikan adalah di tangan Menteri Besar.

Menurutnya, berlindung di sebalik nama dan kedudukan Sultan Selangor, kerajaan negeri cuba 'memperkudakan' baginda dalam soal pelantikan itu.
"Pada saya ia sebenarnya cubaan merampas kuasa yang dibuat secara halus dengan cara memutarbelitkan undang-undang.

"Inilah kesannya proviso pindaan tersebut dibaca dengan Artikel 54. Pendek kata, Sultan Selangor wajib menerima 'perkenan' Menteri Besar dalam pelantikan SUK, Penasihat Undang-Undang dan pegawai kewangan negeri," jelasnya.






Utusan Malaysia





Buktinya sila baca pindaan yang mahu dibuat oleh Pembangkang :





"Pindaan yang kita akan cadangkan ialah Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

"Dengan syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."


Kuasa siapa sebenarnya yang mahu dipinda hari ini ? Sultan atau MB ?

Lihat kenyataan Khalid di sini http://www.bernama.com/  bahawa pindaan dibuat agar Kerajaan Negeri diberi kuasa melakukan pengurusan sendiri membuktikan agenda merampas kuasa secara halus melalui pindaan perlembagaan hari ini dan mencabar Adun BN menyokong gerakan jahat mereka...

Kami Blogger Pembela Negara tidak akan membiarkan kuasa DYMM Sultan ditarik dan dirampas oleh Pakatan Haram ini.

Mereka jelas merompak segala harta benda dan juga kesucian agama tanpa memikirkan kesannya kepada anak cucu kita.

Daulat Tuanku !!!


Read more: http://penembak-tepat.blogspot.com/#ixzz1Bu3WQZmP

Saturday, January 22, 2011

10 dalil yang perlu difikirkan oleh pengundi Tenang!



1. Pas bukan sebuah parti yang kuat dalam pakatan pembangkang. Kelemahan PAS bertambah apabila tertubuhnya PKR yang tidak dapat menerima perjuangan 'ala PAS'.

2. Pas bukan 'tulang belakang' dalam pakatan pembangkang. Seperti dialami oleh Dato Dr Hasan Ali, Pas umpama 'melukut di tepi gantang..

3. Pas hanya parti 'pak turut' dan 'kuda tunggangan' yang tunduk kepada desakan DAP dan PKR. Sampai bila Pas mahu menjadi 'parti lampin pakai buang' atau bila diperlukan sahaja.

4. Pas tidak mampu bergerak sendiri danbergantung kepada 'talian hayat' PKR dan DAP. Sebab itu Pas bergerak bersama-sama atas arahan dan kepimpinan PKR dan DAP dalam apa-apa program pakatan pembangkang.

5. Peranan Pas sering digelapkan mata (alpa)dan sedang 'beseronok digula-gulakan' oleh DAP dan PKR.

6. PAS gagal menonjolkan dirinya sebagai sebuah parti yang mendukung prinsip Islam. PAS lebih gemar merujuk dan meminta perlindungan daripada DAP sekiranya menghadapi masalah.

7. Karpal (DAP) walaupun pernah berkata akan pertimbangkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam namun kenyataan ini meragukan kerana beliau pernah berkata langkah mayatnya terlebih dahulu jika mahu menubuhkan Negara Islam. PAS ditipu hidup-hidup oleh Karpal (DAP) untuk mereka saja yang akan capai cita-cita parti.

8. PAS gagal menjadi sebuah parti yang melindungi orang Melayu. PAS hanya banyak memperjuangkan parti dari nasib orang Melayu. Kadang-kadang PAS bersuara setelah tersepit dengan isu yang mencengkam partinya tetapi PAS masih gagal memenangi hati orang Melayu.

9. Islam di kalangan pemimpin PAS hanya'comel' luaran sahaja tetapi dari segi akhlak dan peribadi langsung tidak mencerminkan sedemikian. Pemimpin PAS dikenali dengan kuat emosi, tidak berhemah dan suka maki hamun. Lebih teruk lagi PAS suka mengutuk dan menghina rakan seagama yang tidak sefahaman dengannya.

10. PAS ibarat 'melacur kedaulatan Islam' dan musuh Negara Islam kerana sedaya upaya merompak kuasa politik Islam di Malaysia. Malahan PAS menjalin 'kerjasama haram'dengan DAP secara terang-terangan bertentangan hukum Islam.

Dipetik dari blog Pahang Ku



Sent from my iPhone

Anwar dan Lim Kit Siang Sudah Sepakat Sabotaj PAS Biar Kalah di Tenang !!!

Sebelum ini Anwar tidak hadir semasa pengumuman calon PAS Cikgu Normala Sudirman 16 Jan 2011. Selepas menyedari ia dibongkar oleh Umno-Reform maka mereka telah cuba menjawabnya seperti laporan ini. Selepas diselidik maka Panglima juga mendapati beliau bukan sahaja tidak hadir majlis pengumuman calon bahkan turut tidak menghebohkan berita tentang calon PAS di blog rasmi masing-masing. 

Khabarnya Anwar frust gagal pujuk Pas beri laluan kepada PKR seperti tulisan blogger di sini...


Semalam terbukti sekali lagi niat 'tikam belakang' Anwar dan Lim Kit Siang termasuk Lim Guan Eng apabila jelas telah memboikot calon PAS apabila tidak hadir majlis penamaan calon. Lim turut membuat kenyataan yang tidak membantu calon Pas klik sini  : 

it would not be easy for Pakatan Rakyat to win the Tenang by-election on Jan 30, since Johor remain Barisan Nasional's (BN) stronghold.

Walaupun begitu PKR dilihat cuba menutup perkara tersebut dengan membuat pengumuman melalui Timbalan Presidennya Azmin Ali bahwa PKR akan hantar sekurang-kurangnya 1000 sukarelawan.

Jika mesyuarat bahagian pun tak sampai seratus bilangan ahli yang hadir dari berbelas ribu ahli Cabang, adakah ada jaminan ahli PKR akan turun seramai itu ? 

Oh ye Azmin ada Ferrari dan duit berjuta seperti pendedahan Ummi Hafilda baru-baru ini.



Maka apabila Anwar dan DAP dah boikot PRK TENANG ketika ahli PAS menjadi calon Pakatan maka ahli PAS Se-Malaysia sepatutnya jangan bertenang lagi. Cukuplah  kamu ditipu selama ini. Bayangkan imej PAS sangat teruk sejak Merdeka selepas 'bermutaah' dengan PKR DAP...

Desaklah Hj Hadi bercerai dari parti memusuhi Allah dan meliberalkan agama seperti DAP dan PKR !!!

Lihat betapa rapuhnya setiakawan kamu dan betapa mudahnya kamu semua ditipu hidup-hidup. Jangan biarkan maruah kamu sebagai parti berimejkan Islam membawa dosa besar hingga anak cucu akibat kamu menyokong parti DAP PKR yang menghasut pemimpin kamu menerima janji-janji palsu Pakatan yang akan menghancurkan negara ini jika dilaksanakan.

Jika pemimpin kamu enggan juga bercerai dari DAP PKR, maka keluarlah beramai-ramai dari PAS demi menjaga nama agama Allah dan maruahnya dan sertailah parti UMNO yang jelas tidak pernah berputus asa memelihara kedaulatan agama walaupun masih ada kekurangan yang boleh diperbetulkan.. 

Jika ahli PAS dapat membawa semangat Islam mereka masuk ke dalam UMNO tidak mustahil kehebatan Melayu akan makin terserlah dan kegemilangan Islam akan kembali berulang di tangan kita pada masa hadapan.

Lihat bukti lagi di sini Anwar boikot calon PAS di Tenang.






Read more: http://penembak-tepat.blogspot.com/#ixzz1BoUpQwKc

Friday, January 21, 2011

Bukti Pas Memang Doakan Hancur BN di Tenang

Pas sebelum ini sudah mendoakan bala kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak.

Kali ini BN termasuk UMNO dijadikan sasaran doa mereka agar dihancurkan.

Nik Aziz juga pernah menghalalkan buku Shit yang penuh mencarut dan mendakwa Allah juga tidak mengharamkannya.

Beliau sendiri pernah berkata 'celaka' kepada blogger semasa isu menantunya dibongkarkan.

Soalnya adakah ada nas dalam Al Quran atau Hadis yang mengizinkan perbuatan sedemikian?

Adakah boleh didoakan kehancuran kepada orang Islam dan juga bukan Islam yang tidak menentang Islam?

Sepatutnya Pas patut doakan kehancuran kepada Dap yang jelas hingga kini tidak reda dengan Islam.

Perbuatan menolak negara Islam adakah agenda Dap dari dulu lagi hinggalah sekarang.

Adakah pengundi Tenang tahu hal ini?

Adakah ahli Pas reda perkara ini?

Nampaknya sesiapa bersubahat menyokong parti seperti ini akan turut menanggung dosa selama mana parti itu berkuasa.

Mari hentikannya dan jadikanlah Prk Tenang permulaan kesedaran bukan sebaliknya.

Ayuh kita seru rakan kita agar kembali kepada kebenaran.

Gambar di atas Dari blog Media Permatang Pauh.

http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2011/01/gambar-500-ribu-umat-pas-di-penamaan.html

Klik link di atas untuk gambar-gambar menarik penamaan calon sebentar tadi.

Sent from my iPhone

Fitnah Terbaru Pas Guna Isu Jenazah di Tenang Dikesali Imam !


Fitnah Harakah Tenang

LABIS  22 JAN – Imam Masjid An-Nur,  Felda Tenang, Hj Mohd Shariff Hj Hasan kesal dan kecewa dengan tindakan penyokong Pas yang mempolitikkan Fardhu Kifayah semata-mata untuk kepentingan politik sempit mereka.

Menurut beliau dakwaan bahawa  jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61, terbiar dan tidak diuruskan oleh kariah Felda Tenang adalah satu penipuan dan pembohongan melampau.

"Beliau sebenarnya Setiausaha UMNO cawangan Kolam Air…..Saya sendiri yang baca Talqin manakala proses menggali kubur dan sebagainya diuruskan oleh jawatankuasa khairat kematian yang diketuai oleh Hj Hamzah Abd Manaf. Jika mereka mengatakan jenazah terbiar, itu adalah satu kenyataan yang tidak benar.

"Takkanlah penduduk di sini begitu jahil dan begitu zalim sekali membiarkan jenazah Allahyarham sedemikian rupa. Janganlah buat dakwaan karut-marut semata-mata musim pilihan raya kecil ini," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Pas bahawa jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Felda Tenang, Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61,terbiar dan tidak diuruskan. Mereka seterusnya mendakwa ianya diuruskan oleh petugas Pas daripada Pahang.

Menceritakan lebih lanjut, beliau seterusnya berkata Allahyarham yang menetap di Segamat telah meninggal dunia secara mengejut  pada awal pagi 18 Januari di Hospital Segamat.

"Dan setelah selesai segalanya, jenazah Kemudiannya dimandi dan dikafankan di Hospital terbabit. Pada waktu itu, kita difahamkan jenazah hendak disemadikan selepas solat asar.

"Memandangkan bapanya adalah seorang peneroka di sini, dan atas permintaan keluarga agar jenazah di semadikan di Felda Tenang, kita telah menghantar van jenazah daripada Masjid Felda Tenang untuk di bawa ke masjid ini kerana rumahnya tidak lagi didiami. Jenazah kemudiannya sampai lebih kurang pada pukul 11.30 pagi.

"Dan secara kebetulan, pada tarikh berkenaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat lawatan ke Felda Tenang. Dan saya akui saya turut pergi ke majlis berkenaan yang berdekatan dengan rumah saya.

"Semasa ketibaan jenazah, Bilal, Mohd Yusof Hashim dan Pengerusi Jawatankuasa Masjid serta Pengerusi Jawatankuasa Khairat Kematian, Hj Md Salleh Md Ali turut menyambut ketibaan jenazah terbabit. Apakah ini mengatakan kita membiarkan jenazah berkenaan," katanya.

Sambung cerita berkenaan, beliau seterusnya memberitahu setelah jenazah sampai, mereka mengambil keputusan untuk mengkebumikan selepas solat Zohor.

"Saya yang ketika itu berada di majlis bersama PM kemudiannya bergegas pulang setelah dimaklumkan oleh Hj Hamzah. Dan ketika pulang kerumah, rumah pula berkunci kerana ianya dipegang oleh isteri saya yang kebetulan turut pergi ke majlis bersama Datuk Seri Najib.

"Oleh kerana saya mahu menyegerakan urusan jenazah terbabit, saya memecahkan tombol pintu rumah saya untuk mempersiapkan diri bagi mengimamkan solat jenazah. Namun setelah sampai di masjid yang berhampiran dengan rumah saya, jenazah telah disembahyangkan.

"Saya kemudiannya bertanya kepada Hj Hamzah perkara berkenaan dan dijawab oleh beliau bahawa perkara itu berlaku terlalu pantas. Saya kemudiannya mahu menunaikan solat jenazah bersama beberapa penduduk yang lain, namun jenazah terbabit telah diangkat secara tergesa-gesa oleh sekumpulan yang memakai baju tertera lambang Pas," katanya.

Katanya lagi, beliau berperasangka baik dan tidak mengesyaki apa-apa niat yang buruk serta menganggapnya satu kebaikan.

"Saya berpendapat jika mereka ikhlas Alhamdulillah…Namun jika ada niat tersembunyi mereka adalah golongan yang tidak beriman kerana sanggup memperalatkan fardhu kifayah untuk memburukkan pihak tertentu," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Masjid dan Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hj Md Salleh Md Ali menyifatkan budaya sedemikian adalah budaya orang luar yang cuba memporak-porandakan perpaduan penduduk setempat.

"Sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian seumpama ini kerana masyarakat Felda Tenang menghormati antara satu sama lain. Malah tidak timbul langsung soal sama ada BN atau Pas.

"Ini kerana masing-masing tahu itu hanyalah politik dan soal pergaulan tidak terbatas oleh parti. Malah kenduri kendara sekali pun kita tidak tidak ambil kisah sama ada mereka itu Pas atau UMNO," katanya.

Dalam pada itu, Bilal Masjid Masjid An-Nur Mohd Yusof Hashim berkata isu berkenaan tidak sepatutnya diperbesarkan dan dijadikan isu oleh mana-mana pihak.

"Benda ini tidak sepatutnya berlaku. Saya secara peribadi tidak terlibat dalam mana-mana parti politik dan kejadian yang berlaku Selasa lalu menunjukkan perangai Pas begitu "hodoh" kerana sangggup memburukkan pihak tertentu demi politik.

"Malah terlintas di hati saya pada ketika ini, mungkin masa mereka angkat takbir ketika solat jenazah, mereka mungkin terfikir dah ada satu isu untuk dipolitikkan…Itu adalah hati kecil saya. Saya cukup marah dan amat sedih sekali," katanya.

Beliau seterusnya bekata pihaknya tidak pernah menyangka perkara itu terjadi sedemikian rupa.

"Saya tidak sangka Pas sanggup mempolitikkan perkara ini. Sungguh saya tidak sangka sama sekali…," katanya. -MediaUMNO


Sent from my iPhone

BN Selangor Tolak Pinda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959



SHAH ALAM, 21 Jan- Barisan Nasional (BN) Selangor memutuskan menolak langkah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 bagi memberikan kuasa kepada Menteri Besar melantik tiga pegawai eksekutif negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pendirian itu dibuat hasil daripada mesyuarat melibatkan 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan seorang ADUN Bebas, malam tadi di Shah Alam.

image.jpeg

Katanya, walaupun kesemua ADUN BN akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan khas untuk tujuan itu pada Isnin, ini ia tidak bermakna mereka menyokong pindaan berkenaan.

Pendirian BN itu tegas Noh disebabkan, pindaan berkenaan hakikatnya bagi membolehkan Menteri Besar mempunyai kuasa melantik SUK termasuklah kuasa menasihati Sultan Selangor.

"Pindaan ini dibuat kerana Menteri Besar tidak ada kuasa dalam melantik SUK. Sebenarnya Menteri Besar bukan mahu memberikan kuasa kepada Sultan Selangor, tetapi dia mahukan kuasa dalam keputusan yang dibuat oleh baginda melalui 'nasihat daripada Menteri Besar'.

"Malah, pindaan ini juga kita dapati merupakan satu kerja yang sia-sia dan tidak memberi manfaat kepada rakyat kerana peruntukan perlembagaan negeri sedia ada dalam pelantikan SUK tidak membelakangkan kuasa Sultan Selangor.

"Kita akan hadir dalam sidang DUN nanti kerana Sultan Selangor telah memperkenan dewan ini bersidang mengikut bidang kuasa baginda. Tetapi, perkenan baginda mengadakan sidang itu tidak bermakna baginda setuju dengan pindaan perlembagaan negeri, ia terpulang kepada dewan," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN Selangor tersebut yang turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman.

Dalam mesyuarat itu, Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor turut mengumumkan pelantikan ADUN Kuala Kubu Baru, Wong Koon Mun sebagai Timbalan Ketua Pembangkang negeri.

image.jpeg

Adun Kuala Kubu Bharu


Dalam pada itu, Noh turut menyatakan bahawa pindaan yang mahu dilakukan oleh kerajaan negeri itu juga sebenarnya tidak logik.

Ini kerana katanya, cadangan pindaan itu sebenarnya berpunca daripada keengganan Menteri Besar menerima Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK meskipun telah diperkenankan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini.

Malah, pindaan itu juga dilihat turut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana pelantikan SUK Selangor adalah sama seperti diamalkan di negeri-negeri Melayu bersekutu.

Pada masa yang sama, Noh turut menyelar sikap kerajaan negeri yang tidak telus meminda perlembagaan negeri kerana sehingga kini tiada sebarang draf pindaan itu diberikan kepada ADUN BN.

Katanya, Ketua Pembangkang negeri (Mohamad Satim) telah mengemukakan surat kepada Setiausaha DUN, pada Isnin lalu tetapi tidak sebarang mendapat maklum balas sehingga ke hari ini.

"Di mana ketelusan kerajaan negeri, mereka kata nak pinda perlembagaan negeri atas dasar kepentingan umum. Sepatutnya mereka berikan draf pindaan lebih awal untuk kita teliti dan bahaskan di dalam sidang DUN.

"Namun hingga ke hari ini tidak diberikan seolah-olah kerajaan negeri mahu 'menyerang hendap' ADUN BN pada sidang dewan itu nanti," ujarnya. -MediaUMNO


sumber :

http://umno-online.com/?p=29637&utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+umnoonline+%28UMNO+Online%29


Sent from my iPad

Saturday, January 8, 2011

Edisi Panas : Zulkifli Nordin Minta Rakyat Malaysia Buat Report Polis Ke Atas Karpal Untuk Tarik Diri Bela Anwar !!!



atau baca sahaja salinannya di sini :



(Allahhumma Ya ALLAH, berikanlah ke'adilan kepada mereka yang teraniaya, berikanlah yang haq kepada mereka yang dizalimi)

Salam 2 all.


Teman melihat gelagat Karpal Singh saperti cacing kepanasan dengan pendedahan bahawa beliau telah pada tahun 1997 mendedahkan tentang perlakuan homoseks dan liwat oleh manusia yang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan. Akhirnya dalam kenyataan yang disiarkan oleh media portal FMT yang pro-pembangkang, Karpal mengaku memang beliau telah membuat kenyataan bahawa beliau mempunyai keterangan mengenai kegiatan homoseks & meliwat Anwar Ibrahim, tetapi kononnya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 02.09.2004 membebaskan Anwar menutup isu tersebut.

Samada Karpal dah pening, ataupun sengaja memutarbelit cakap beliau tidaklah teman tahu. Tetapi apa yang jelas, Mahkamah Persekutuan pada 02.09.2004 membuat keputusan saperti berikut:

YA Dato' Abdul Hamid bin Hj Mohamad, Hakim Mahkamah Persekutuan yang mempengerusikan sidang tersebut memutuskan bahawa:

"To summarise our judgment, even though reading the appeal record, we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen, sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved the alleged offences as stated in the charges, beyond reasonable doubt, on admissible evidence and in accordance with established principles of law
".

"Sebagai ringkasan penghakiman, setelah membaca rekod rayuan, kami mendapati ada keterangan yang boleh mengesahkan bahawa perayu (Anwar & Sukma) terlibat didalam kegiatan homoseks dan kami lebih mempercayai bahawa kejadian liwat di Tivolli Villa memang berlaku, namun Mahkamah ini, sebagai Mahkamah undang-undang, hanya boleh mensabitkan kesalahan keatas perayu jika Pendakwaraya berjaya membuktikan pertuduhan, melampaui keraguan menasabah, berdasarkan bukti dan keterangan yang boleh diterimapakai mengikut prinsip perundangan keterangan sedia ada".

Mana-mana peguam dan mereka yang biasa dengan sistem perundangan kita tahu bahawa kesimpulannya ialah pembebasan Anwar oleh Mahkamah Persekutuan bukan kerana tiadanya kegiatan meliwat itu, tetapi adalah kerana sebab teknikal. Itulah kesimpulannya, tetapi hakikatnya Mahkamah Persekutuan percaya dan yakin kegiatan liwat itu berlaku!

Pokok pangkalnya, kenyataan Karpal menggunakan keputusan kes Mahkamah Persekutuan itu yang kononnya menutup kegiatan homoseks dan liwat Anwar terhadap Azizan dan lain-lain adalah langsung tidak menasabah. Malahan keputusan Mahkamah itu sebenarnya memperkuatkan lagi dakwaan Karpal Singh yang mendakwa Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks dan liwat. Mari kita ingat semula apa yang disebut oleh Karpal:


Untuk baca artikel beliau selanjutnya  sila klik link di bawah :

http://zul4kulim.blogspot.com/2011/01/hello-mr-poo-singh.html