Thursday, December 30, 2010

Krisis Perak dan Selangor : Penghinaan Terancang Pakatan Rakyat Kepada Sultan !!!

Amaran Kepada Pakatan Haprak - BPN akan serang habis-habisan sesiapa sahaja yang biadap kepada Sultan !!!


Insiden kegagalan Pakatan di Perak nampaknya cuba diulang di Selangor kali ini apabila calon yang diperkenan oleh Sultan Sharifuddin untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, tidak diterima oleh pembangkang. 

Di Perak apabila wakil rakyat mereka berpaling tadah sehingga kuasa gagal dipertahankan, mereka telah mencipta 'gempa politik' seperti bersidang di bawah pokok selain memboikot perjalanan Dewan Undangan Negeri Perak serta mencemarnya dengan pergaduhan.

Nampaknya mereka cuba menggunakan taktik yang sama untuk mengekalkan kuasa di Selangor yang semakin 'tidak bermaya' akibat kekacauan dalaman yang semakin parah dari hari ke hari, dengan menimbulkan polemik dan krisis dengan pihak Istana. Tindakan ini jelas bagi menutup kegagalan mereka menguruskan kejayaan besar merampas lima negeri pada PRU yang lalu agar matlamat ke Putrajaya pada PRU 13 akan berjaya.

Mereka sememangnya semakin terdesak akibat  'serangan demi serangan' oleh Perdana Menteri yang gigih memperkenalkan satu demi satu program di bawah payung - 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, telah mengambil tindakan kebudak-budakan ini walaupun tahu akhirnya penipuan mereka akan terdedah juga satu hari nanti. 

Di Perak seperti kita tahu, kekecohan demi kekecohan yang berlaku   jelas menzahirkan kepada kita bahawa mereka tidak ada rasa hormat kepada Sultan yang mana telah bertindak bijak mengikut peruntukan perlembagaan. Jangan mudah lupa bagaimana mereka memboikot majlis angkat sumpah serta enggan memakai songkok termasuk memijak gambar Adun Bebas Melayu adalah tindakan tidak bertamadun mereka sebenarnya.

Jelas Tindakan Sultan Perak yang memanggil wakil rakyat bebas dan Barisan Nasional sebelum memberi perkenan Dr Zambry sebagai MB, adalah jelas menunjukkan keadilan baginda di dalam memperkenan mana mana pihak menjadi Menteri Besar tanpa cenderung kepada mana mana parti.

Merujuk kepada situasi di Selangor, perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi,54 sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari telah diketahui pada 27 hb Disember yang lalu. Ia diumum oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan beliau akan menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Dis 2010.
Mohd Khusrin, berkelulusan ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Pengurusan Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Majlis Daerah Kajang dan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat.Tempat beliau di Jabatan Agama Islam Selangor akan diambil alih oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam Marzuki Hussin, 56, juga mulai 1 Januari.

Pelantikan Mohd Khusrin dan Marzuki jelas telah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menurut Ketua Setiausaha Negara seperti laporan yang dikeluar oleh Bernama. Bagi mengesahkan perkara tersebut Setiausaha Sulit DYMM Sultan telah membuat kenyataan akhbar sekali lagi pada 28 Disember 2010 yang telah disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia di sini http://utusan-malaysia-online.com/lantikan-pengarah-jais-suk-muktamad-kata-istana-selangor

Selepas MB Khalid Ibrahim telah menolak perlantikan tersebut dengan memberitahu sudah mempunyai calon sendiri, beliau memberitahu media massa mahu mengadap Sultan dan membawa nama calon-calon pilihan pembangkang. Sayang sekali beliau tidak diterima mengadap kerana DYMM Sultan Sharifuddin bercuti. Malu besar MB Selangor apabila permintaannya ditolak dan diketahui seluruh dunia !!!
Apa yang dapat dilihat oleh rakyat dalam kes ini ialah tindakan tidak menerima calon yang diperkenan Ketua Negeri merangkap Agama Islam oleh seorang Menteri Besar berbangsa Melayu beragama Islam sangat melukakan hati dan perasaan kita semua. Khalid sanggup demi kuasa, menolak calon Sultan dan mahu mengenengahkan calon beliau yang sudah tentu tidak akan diperkenan dengan segera oleh baginda.
Keputusan tidak menerima perkenan Sultan bagi rakyat adalah jelas perbuatan orang yang mahu menderhaka kepada Sultan. Jika bekas Pengarah JAIS Datuk Mohd Khusrin ditolak atas alasan tidak diterima oleh pembangkang maka adakah MB sekarang ini disukai oleh Sultan ? Sewajarnya beliau sendiri disuruh meletak jawatan kerana terbukti gagal memastikan surau dan masjid Selangor bebas dari dijadikan medan politik seperti mana yang dikehendaki oleh DYMM Sultan. Beberapa kali juga perjuangan songsang Pakatan telah ditegur oleh DYMM Sultan kerana mengancam hak hak Melayu Islam di negeri dan negara kita.
Jangan lupa baru beberapa minggu yang lalu rakyat dapat melihat bagaimana DYMM Sultan Selangor telah diketepikan semasa memorandum air SYABAS. Lihat bagaimana MB Selangor secara sengaja menghantarnya kepada YDP Agong di Kuala Lumpur. Sedangkan masalah air yang melibatkan perbalahan antara Syabas dan beliau berlaku di negeri Selangor yang masih ada Sultan. Jelas dalam hal ini Pakatan Rakyat menerusi Khalid Ibrahim ingin menghiris hati Sultan Selangor ekoran ketegasan baginda mempertahan agama Islam serta bangsa Melayu dalam titah dan perbuatan baginda. 
Kini rakyat sudah tahu bahawa perjuangan Pakatan Rakyat adalah perjuangan menjatuhkan Raja untuk diganti dengan mereka yang rakus dengan kuasa untuk mencari habuan dunia. Rakyat tahu dan sedar institusi Raja bukan 'menggadaikan' ketuanan Melayu Islam bahkan menjaganya dengan jiwa raga. Raja dan institusinya perlu dikekalkan dan rakyat hanya menjalankan perintah dan titah baginda, bukan sebaliknya.
Dalam pada itu NGO pembela nasib orang Melayu PERKASA melalui Naib Presidennya telah membantah tindakan MB Selangor yang enggan menerima perlantikan Khusrin dengan mengancam akan mengadakan bantahan besar-besaran. Kita percaya PERKASA akan membuat apa yang mereka perkatakan berdasar apa yang berlaku sebelum ini. Siapa yang masih sedar kehebatan bangsanya akan marah apabila pemelihara hak warisan Melayu iaitu Raja kita, dipersenda dan dihina sesuka hati oleh segelintir rakyat yang tebal perkaumannya.
Menambah lagi 'luka' yang menghiris 'dada' bangsa Melayu dan institusi Diraja, ialah bapa Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Kit Siang yang sejak dulu sangat 'anti' kepada Melayu dan Islam serta Raja. Beliau turut memberi ulasan isu perlantikan SUK Selangor dengan mengatakan ia tidak selari dengan semangat perlembagaan. Penasihat DAP menyangkal hujah pegawai Istana Selangor bahawa tiada peruntukan yang mengatakan persetujuan Menteri Besar mesti diperlukan apabila pelantikan seumpama itu dibuat. Justeru kata Lim   hujah-hujah sedemikian "sangat lemah dan tidak boleh diterima."
Soalannya : bagaimana mahu membuatkannya selari dengan Perlembagaan ? Adakah selama ini perkenan Sultan tidak mencukupi untuk membolehkan seseorang SUK itu dilantik bagi bertugas di mana mana negeri ? Bukankah ia diputuskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan disahkan oleh Ketua Setiausaha Negara telah mendapat perkenan Sultan Selangor ? Jadi apa lagi yang belum muktamadnya wahai MB Khalid Ibrahim ?
Tindakan ini jelas menampakkan kebiadapan beliau kepada DYMM Sultan Selangor yang patut dijunjung titah perintah baginda bukan dikritik sebarangan oleh rakyat biasa seperti beliau. Layakkah Lim Kit Siang mencampuri isu perlantikan SUK sedangkan beliau tidak ada sebarang hak sedikitpun mencampuri urusan tersebut ? 

Lagi malang apabila ada juga anak Melayu bergelar Adun Seri Setia seperti Nik Nazmi yang menjawat Pengarah Komunikasi PKR, yang berani melabelkan calon pilihan Sultan sebagai 'perkakas politik'... Tulisan di blog beliau berbunyi : "Adakah individu yang sanggup menjadi perkakas politik dan mempermainkan sentimen agama layak menjadi setiausaha kerajaan negeri Selangor?" soal Nik Nazmi dalam blognya !!!

Adakah tidak biadap kata-kata ini yang jelas menyindir DYMM Sultan Selangor dalam memilih Datuk Mohd Khusrin Menawi ? Pemilihan baginda jelas tidak ada dicemari sebarang kepentingan politik dalam membuat keputusan melantik SUK Negeri melainkan demi untuk menjaga hak dan kebajikan rakyat jelata. Nik Nazmi perlu memohon maaf secara terbuka bukan mengikut rasa dalam menuturkan sebarang kata-kata apatah lagi yang berkaitan Sultan dan Islam.

Dalam masa yang sama Penasihat PKR Anwar Ibrahim seperti mengiakan perkara tersebut apabila menyiarkan tulisan Nik Nazmi di blog beliau di sini http://anwaribrahimblog.com/2010/12/29/kelayakan-khusrin-jadi-suk-selangor-dipertikai/ Tindakan dan tulisan Nik Nazmi seakan akan menjadi lidah tidak rasmi kepada beliau dan pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat. Cuma ia dibuat dengan cara yang selamat yakni dengan menyiarkan tulisan sahaja tanpa membuat apa-apa kenyataan setakat ini kalau tidak silap saya.

Ketua Pemuda PAS Nasaruddin Tantawi juga menuduh tindakan ini tidak ubah cubaan untuk menggulingkan Kerajaan Selangor seperti yang dilapor oleh Harakahdaily. Katanya : Sewajarnya Kerajaan negeri Selangor atau mana-mana kerajaan negeri yang lain tidak diganggu apa lagi cuba diguling semata-mata kerana ia dipimpin oleh parti yang berlainan ideologi dengan kerajaan persekutuan.
Adakah SUK ini mampu menggoncang pentadbiran MB ? Bukankah jawatan ini bukan jawatan politik tetapi jawatan yang diputuskan oleh Persekutuan ? 
Lagi menggelikan hati Khalid Samad telah menuduh Sultan telah diperalat oleh Umno untuk merampas Selangor. Dalam hal ini Khalid Samad barangkali masih belum insaf dan tidak reti menjaga lidahnya agar tidak berterusan mencemar nama baik Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dengan tuduhan sedemikian.. Beliau turut mendakwa Umno telah mempergunakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam permainan politik sehingga sanggup melibatkan Sultan dalam perlantikan Khusrin.


Berita asal sila lihat di sini  http://www.selangorkini.com.my/my/berita/24720

Selepas menilai satu persatu komen pemimpin Pakatan maka adakah terlintas di akal fikiran kita, akan adanya jaminan Raja Melayu kita akan terus kekal berkuasa apabila Pakatan ini menang dalam PRU akan datang ?

Adakah akan semakin sejahtera negara kita atau akan semakin huru hara apabila kaum pelampau dari bangsa Melayu seperti Anwar dan Nik Nazmi, Cina seperti Lim Kit Siang dan India seperti Karpal Singh ini diberi  kuasa menjaga negara?

Adakah masa depan cerah boleh diperolehi melalui buku Jingga 100 Hari Pakatan Rakyat yang jelas ghairah dalam menjanjikan bulan bintang tetapi akan dilanggar juga akhirnya apabila menang seperti yang berlaku di negeri yang mereka kuasai sekarang ?

Anak Melayu Islam perlu sedar hal ini dan kebangkitan kita perlu dimulakan sekarang untuk menghalang mereka, bukan menunggu hingga esok atau lusa dan bukan menunggu musim pilihanraya.

Ayuh kita satukan tenaga anak muda kita, kaum ibu dan bapa serta alim ulama semua agar pertahanan terakhir yang cuba digugat oleh 'bidak' Dajal dan Illuminati ini akan dapat kita lawan dan sekat.

Jaringan internet insan yang sedar ancaman ini patut kita gunakan agar ia dapat membentengi maruah dan nilai diri Melayu Islam dan Malaysia buat selama-lamanya.

Kitalah yang terpilih melakukannya dan marilah kita menempa sejarah kebangkitan Islam dalam melawan musuh kepada agama, bangsa dan negara kita ini dengan membalas kembali pembohongan mereka sekuat mana yang kita mampu dan percaya.

Sejarah kebangkitan kedua Islam sedang berulang kali ini dari Timur dan kitalah yang akan menjadi antara kalangan senarai nama pejuang yang membinanya untuk menjadikan Islam kembali menguasai 2/3 dunia.

Ayuh kita berjuang dan jangan lagi duduk diam..




Thursday, December 23, 2010

Faisal Tehrani diberi amaran keras oleh BPN agar hentikan dakyah Syiah beliau

tulisan Blogger PPC (penembak-tepat)


Faisal Tehrani antara penulis yang saya suka cara penulisannya.

Beliau pernah cuba terjun alam kesufian namun mungkin 'sufi' lain yang menarik perhatian hingga cenderung kepada Syiah dan bela nikah Mut'ah !

Namun apabila beliau cuba ' membedak' wajah Syiah dengan bedak sejuk maka wajah itu semakin ' menakutkan ' bukan menyelerakan.

Lihat tulisan berwangian dinar dirham di blog beliau di sini 

http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/12/terlepas-dari-disembelih.html

Saya tidak peduli berapa 'khumus' anda perolehi dan berapa tinggi pangkat kehormatan Syiah bagi.

Tetapi di tanah air ini jangan dijolok 'sarang tebuan'

Jangan diganggu 'harimau' yang diam.

Ulama pewaris Nabi masih hidup tidak akan biar sesat menjadi api.

Mereka akan padamkan dengan madad Penghulu segala Nabi.

Amaran sekali lagi !!!

Jangan cuba pertikai tindakan pemerintah dalam memelihara akidah yang diijmakkan oleh ulama atau kami akan gelar anda 'bughah' yang patut diISAkan.

Ternyata FT dulu jauh beza hari ini apabila akal dan nafsu mengatasi hati.

Sebagaimana saya isytihar perang terhadap Asri yang pro Wahabi maka begitu juga anda Wahai Faisal Tehrani.



Kesesatan tidak akan makin cantik dengan gelaran dua perkataan: DR.

DR Amina Wadud, Asri atau anda tidak akan berjaya kelirukan kami sedikitpun.

Terlepas sekali bukan bermakna anda akan terlepas lagi.

I know what and where u did last 9 muharam dan buktinya akan didedahkan. Jangan biar maruah anda tercalar.

Amaran terakhir dari kami Blogger Pembela Negara -hentikan serta merta kepalsuan cinta anda kepada agama dan keluarga Baginda!!!

Atau satu persatu siapa diri anda dan kumpulan anda akan dibongkarkannnn

Syiah tidak wajar disebar di Malaysia seperti juga Wahabi dan apa jua ajaran lain.

Mohon sokongan sebar penerangan ini demi agama kita.


Takbirrrr Allahu Akbar !!!






Sent from my iPhone

Friday, December 17, 2010

PATUTLAH FELDA MAHU DIBURUKKAN OLEH PKR DAP PAS - INI SEBABNYA !!!

Friday, December 17, 2010


SEBENARNYA FELDA TELAH BANYAK BERJASA KEPADA ORANG MELAYU ISLAM SEJAK DULU HINGGA SEKARANG.

BAHKAN KAUM LAIN JUGA TETAP MENDAPAT KEBAIKAN DARI PROJEK FELDA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG.

APABILA FELDA CUBA DIBURUKKAN SELEPAS PAKATAN GAGAL MENGHASUT AGAR MEREKA BENCI KERAJAAN MAKA TUGAS BLOGGER IALAH MEWAR-WARKAN DALAM BLOG APA YANG TELAH DIBUAT OLEH FELDA.

INI PENTING BAGI MEMASTIKAN FELDA TIDAK TERUS DIFITNAH DENGAN BERBAGAI TUDUHAN.

MOGA ALLAH MENOLONG KITA.


MOHON BLOGGERS SEMUA MEMBANTU USAHA MEMBETULKAN FITNAH YANG TELAH DIBUAT KALI INI PADA AGENSI KERAJAAN BERNAMA FELDA.





KEMUDAHAN KEPADA WARGA PENEROKA

Pelbagai program telah dilaksanakan di rancangan dan wilayah melibatkan penyertaan semua warga peneroka. Tumpuan aktiviti adalah kepada pendidikan, kesihatan, kerohanian dan pengukuhan institusi keluarga.



Dalam bidang pendidikan, penumpuan diberikan dalam pelaksanaan Pusat Literasi Keluarga (PLK) bagi kanak-kanak 3 hingga 5 tahun.Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) FELDA, Pusat Tuisyen Wilayah dan Skim Tuisyen FELDA (STF) yang dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia. Program kemahiran generasi kedua diteruskan bagi melatih mereka dalam pelbagai bidang kemahiran di peringkat sijil dan diploma.



Di samping itu, pelbagai bentuk bantuan dan pinjaman turut disediakan bagi kemudahan warga peneroka. Kemudahan-kemudahan yang disediakan ini telah membantu meningkatkan pencapaian pendidikan dan kualiti hidup warga FELDA.



Penekanan dalam Modal Insan untuk generasi baru diteruskan melalui aktiviti-aktiviti kepimpinan, kursus dan latihan, program kerohanian, sukan dan kebudayaan serta badan sukarelawan. Melalui penglibatan dalam program yang dilaksanakan telah berjaya meningkatkan sahsiah dan jati diri serta bebas dari gejala sosial.


PENDIDIKAN



Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK):
PDK ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan tempat bagi anak-anak istimewa di rancangan dan mereka akan diajar tentang kemahiran hidup. Kemudahan yang disediakan termasuk bangunan, kelengkapan dan peralatan yang sesuai serta tenaga guru dan penjaga/pengasuh. Dengan cara ini mereka diajar menguruskan diri dan secara tidak langsung berinteraksi antara satu sama lain. 

Pusat Literasi Keluarga (PLK)
PLK ini ditubuhkan sebagai tempat pembelajaran awal anak-anak peneroka berumur di antara tiga (3) hingga lima (5) tahun bertujuan untuk menggalakkan mereka berinteraksi sebagai persediaan memasuki Tadika. Kanak-kanak di peringkat umur ini perlu diberi pendedahan awal supaya merangsang minda mereka melalui aktiviti :
1) mencungkil kreativiti
2) membina personaliti
3) kemahiran berinteraksi
4) kemahiran sosial


PERMATA
Pusat PERMATA ditubuhkan dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM) merupakan usaha FELDA untuk memastikan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak sentiasa diberi keutamaan. Pusat ini diwujudkan bagi kanak-kanak di rancangan yang berumur 5 tahun ke bawah (pra Tadika). Tenaga pengajar di pusat ini terdiri daripada golongan profesional/pemegang ijazah dan berkemahiran mengajar dalam Bahasa Inggeris. 

Projek PERMATA telah bermula pada tahun 2007 di Feldajaya Mempaga (Mac) dan Chini Timur Tiga (Julai) melibatkan kanak-kanak yang berusia di antara 1 hingga 4 tahun. Aktiviti yang dijalankan di PERMATA turut melibatkan peranan ibu bapa. Selain menjalankan aktiviti untuk kanak-kanak di bawah umur 4 tahun, PERMATA juga akan dijadikan Pusat Kecemerlangan Pendidikan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat bagi Warga FELDA.
Asrama Semai Bakti (ASB)



Asrama Semai Bakti FELDA telah ditubuhkan pada tahun 1975 bagi menempatkan pelajar generasi baru FELDA di kalangan anak-anak peneroka dan kakitangan dari tingkatan satu (1) hingga lima (5). ASB dibina bertujuan memberi peluang kepada mereka untuk mendapat pendidikan yang sempurna di bandar-bandar utama. Pelajar-pelajar yang ditempatkan di ASB FELDA akan mendapat pendidikan di sekolah-sekolah terpilih di bandar. Selain dari kemudahan asrama, FELDA juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan ke sekolah, kelas tambahan dan lain-lain keperluan pelajar.

Dengan kos pembinaan berjumlah RM21.7 juta, sebanyak tiga (3) buah asrama beroperasi pada tahun 2009:

Asrama Semai Bakti Kuala Lumpur (ASBKL)
Asrama Semai Bakti Johor Bahru (ASBJB)
Asrama Sri Semai Bakti Kuantan (ASSBK).

Semua kos perbelanjaan pelajar ditanggung oleh FELDA meliputi kos penginapan, pembelajaran termasuklah kos tuisyen, kegiatan kokurikulum, pengangkutan dan sebagainya. Seramai 12,030 orang pelajar telah dilahirkan daripada Asrama Semai Bakti FELDA sejak ditubuhkan pada tahun 1975 sehingga Disember 2009.

Skim Tuisyen FELDA (STF)
Matlamat STF ialah untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar-pelajar rancangan dalam peperiksaan utama iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 



Program Skim Tuisyen FELDA 2008 (STF) telah dimulakan pada 1 Februari 2008 di semua sekolah rendah dan sekolah menengah dalam Rancangan. Sebanyak 370 buah sekolah yang terlibat iaitu 100 buah sekolah menengah dan 270 buah sekolah rendah. Seramai 58,966 pelajar yang terlibat seperti pecahan berikut:

Tahap             Bilangan

Tahun   5        14,351
Tahun   6        15,357
Tingkatan 3     14,579
Tingkatan 5     14,679

Jumlah            58,966

Guru pakar dari sekolah luar turut disediakan untuk Tuisyen Bahasa Inggeris bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut di kalangan anak-anak peneroka.
Pusat Pembelajaran Sains (PPS)

FELDA dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menubuhkan Pusat Pembelajaran Sains (PPS) pada tahun 2008. PPS merupakan satu projek khas bagi membantu pelajar FELDA yang mengikuti aliran sains tulin. 

PPS dilaksanakan di mana KPM menyediakan kemudahan infrastruktur iaitu bangunan, sekolah dan asrama, guru dan sukatan pelajarandan FELDA bertanggungjawab membiayai perbelanjaan elaun guru tuisyen, elaun penyelaras PPS, program–program tambahan seperti program topping-up, prep-class, program motivasi dan lawatan serta program bina insan dan pembangunan sahsiah.

PPS menyediakan program pembelajaran sains yang lebih terancang dengan kemudahan asrama dan tuisyen mulai Tingkatan empat (4).  Kelas tuisyen selama dua (2) jam seminggu ditumpukan kepada subjek sains tulin iaitu Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan dan Bahasa Inggeris.



Pelaksanaan Kelas Aliran Sains Tulin telah dimulakan pada bulan Febuari 2008 di 10 buah PPS bagi pelajar-pelajar dari kalangan anak–anak peneroka lepasan PMR yang memperoleh gred C dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.



Selain perbincangan dan bimbingan kepada pelajar seperti kelas tuisyen dan program topping-up, pelbagai aktiviti diselaraskan di PPS antaranya ialah program motivasi dan lawatan Career Explorer Camp  ke Petrosains di Pusat Latihan Petronas dan Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka. Manakala untuk guru diadakan bengkel guru PPS bersama guru best practioner iaitu seorang guru bagi setiap subjek PPS (Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Bahasa Inggeris).

BANTUAN DAN PINJAMAN MELANJUTKAN PELAJARAN KE IPTA/IPTS:

Selain kemudahan pendidikan, FELDA juga memberikan bantuan dan pinjaman kepada pelajar-pelajar yang layak dan cemerlang dalam bidang pendidikan.  Pelbagai bantuan disediakan bertujuan sebagai galakan dan membantu mereka mendapatkan kelulusan yang tertinggi.
Bantuan Pelajaran Tinggi

Skim Bantuan Pelajaran Tinggi diberikan kepada anak-anak peneroka yang layak dan berjaya melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh kerajaan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma serta mengikuti pengajian sepenuh masa. 

Bantuan ini diberi untuk meringankan beban kewangan serta menggalakkan mereka meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.


Skim Pinjaman Pelajaran Tinggi FELDA (SPPTF):
SPPTF ini diberikan bagi membantu anak peneroka mendapat sumber pembiayaan bagi meneruskan pengajian mereka di institusi pengajian tinggi. Pinjaman ini layak kepada semua anak peneroka yang bersama FELDA yang menuntut di IPTA/IPTS seluruh negara dan juga ditawarkan kepada mereka yang tidak menerima bantuan kewangan dari mana-mana pihak.



Biasiswa Kumpulan FELDA:
Pada tahun 2008, FELDA telah menawarkan sebanyak 20 tempat untuk Anugerah Dana Khas Pelajar Cemerlang 2008 pelajar lepasan SPM 2007 yang terdiri daripada anak peneroka dan anak kakitangan FELDA. Daripada jumlah tersebut, hanya seramai 14 pelajar yang didapati layak dan dihantar mengikuti program persediaan di beberapa institusi seperti berikut


Pada tahun 2009, FELDA telah mula menghantar pelajar ke luar negara. Seramai 36 pelajar telah dihantar ke Amerika Syarikat, United Kingdom dan Ireland bermula Ogos sehingga Oktober. Pecahan pelajar mengikut negara adalah seperti berikut :




LATIHAN KEMAHIRAN GENERASI BARU FELDA

OBJEKTIF PROGRAM
Program Latihan Kemahiran Generasi Baru dilaksanakan mulai tahun 2005 khusus bagi Generasi Baru peneroka lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mempunyai pekerjaan tetap dan masih berada di rancangan.  

Program ini disediakan bagi melatih generasi baru dalam pelbagai bidang sebagai persiapan mendapatkan peluang pekerjaan yang sesuai apabila tamat menjalani latihan.  Setiap tahun FELDA memperuntukan sejumlah RM50 juta bagi program tersebut.



KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN


Latihan Kemahiran kepada generasi baru dilaksanakan dalam 3 peringkat iaitu sijil, diploma dan ijazah. Program ini diadakan dengan kerjasama Agensi Kerajaan dan FELDA sendiri seperti GiatMARA, Institut Kemahiran MARA (IKM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan Prodata.  

Kursus diperingkat sijil dibiayai sepenuhnya oleh FELDA meliputi tahap 1, tahap 2 dan tahap 3 yang menyediakan program kemahiran asas, pertengahan dan lanjutan dalam pelbagai bidang. 

Kursus peringkat diploma pula dijalankan di Universiti atau Kolej dan pusat latihan bertauliah yang diiktiraf di seluruh negara seperti Nilai University College, Akademi Laut Malaysia, UNITAR, UITM dan lain-lain.


Bagi kursus di peringkat sijil, FELDA menanggung sepenuhnya kos pembiayaan kursus manakala peringkat diploma dan ijazah, ia dibiayai dalam bentuk pinjaman tanpa faedah. Bayaran balik pinjaman hendaklah dilakukan oleh pelajar setelah 3 bulan tamat pengajian masing-masing.




GAMBAR TAMBAHAN :










Dikirim dari iPhone saya

Thursday, December 16, 2010

Zulkifli Nordin dedahkan Pembohongan Anwar Tentang APCO - Sebarkannn































Salam 2 all.














Hari ini Khamis 09 Muharram 1432/ 16 Disember 2010 Parlimen bersidang untuk membawa usul menggantung beberapa Ahli Parlimen pakatan pembangkang kerana isu berkaitan pembohongan didalam Dewan mengenai isu APCO. Dan usul itu telahpun diluluskan dan mereka digantung 6 bulan sebagai Ahli Parlimen.

Sebenarnya teman malas nak kupas isu APCO ini kerana teman tau dari awal-awal lagi ianya satu pembohongan. Malahan semasa masih lagi sebagai Ahli Parlimen PKR, teman telah membantah penggunaan isu APCO ini kerana ianya satu pembohongan. Sebab itu teman langsung tidak mahu terlibat dengan isu APCO ini. Pada teman, isu APCO telah diputarbelitkan memberi gambaran seolah-olah Malaysia telah dipengaruhi oleh Israel melalui APCO. Disebut antara lain kononnya pasukan Polis DiRaja Malaysia juga sudah diresapi oleh Israel melalui APCO di Bukit Aman!

Sebenarnya APCO yang disebut di Bukit Aman itu adalah satu sistem yang dikenali sebagai "American Protocal Communication Outfit" - singkatannya APCO. Ianya adalah satu sistem komunikasi terutamanya sistem perhubunganwalkie-talkie. Ianya langsung tiada kena mengena dengan APCO Worlwide yang kononnya dikuasai oleh Israel.

Dan jika kita melihat APCO Worlwide, adalah sangat jelas ianya langsung tidak ada kena mengena dengan penguasaan Israel atau Yahudi. APCO Worldwide adalah sebuah syarikat perunding dipunyai oleh sebuah firma guaman Arnold & Porter Company, sebuah syarikat guaman yang sangat terkenal di Washington.  Firma guaman tersebut telah menubuhkan sebuah syarikat perunding untuk kesemua klien yang memerlukan khidmat-rundingcara.

Maka tertubuhlah APCO (menggunapakai singkatan nama firma tersebut), dengan rakankongsi utama firma tersebut,  Margery Krause menjadi Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif APCO. Ianya adalah sebuah syarikat yang dikuasai oleh golongan wanita. Dan bagi tujuan khidmat-rundingcara, APCO melantik beberapa konsultan dari pelbagai latarbelakang samada bekas Presiden, bekas Hakim, bekas Menteri, dengan latarbelakang kepakaran ekonomi, kewangan, kenegaraan, agama, dan banyak lagi.

Oleh itu, dakwaan kononnya APCO dikuasai oleh Yahudi dan Israel adalah langsung tidak benar. Ianya pembohongan semata-mata. Dan menyatakan Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia di Bukit Aman dikuasai oleh APCO ternyata adalah putarbelit dan pembohongan semata-mata. Hanya kerana nama serupa semata-mata, maka nama APCO Worlwide & APCO Communication telah diputar-putar dan dibelit-belitkan!!

Adakah hanya kerana slogan "1-Malaysia" dan "One-Israel" kelihatan sama, maka terus kita putarkan menjadi kononnya ianya sama, dan Malaysia sudah dipengaruhi dan diresapi Yahudi? Bagaimana dengan slogan "PAS 4 All" dengan slogan "Israel 4 All"? Adakah wajar jika ada orang menuduh PAS telah dipengaruhi dan diresapi oleh Yahudi & Israel hanya kerana persamaan itu? Tidak sepatutnya bukan. Bagaimana pula dengan lambang "Satu-Mata" Illuminati Yahudi dengan lambang "Satu-Mata" Parti Keadilan. Adakah wajar kalau orang menuduh PKR dipengaruhi dan diresapi oleh unsur Yahudi? Pokok pangkalnya, kalau kita tidak mahu orang putar-belitkan slogan kita, janganlah kita putarbelitkan orang lain!!

Apa yang penting, kita sebagai umat Islam khususnya wajib mendasarkan rujukan kita kepada Al Quran & Sunnah. Surah Al Hujurat: 6, "sekiranya datang kepada kamu berita daripada fasik, janganlah kamu pecaya, tetapi periksalah dahulu, janganlah kamu mengambil tindakan terhadap sesuatu kaum atas berita itu kelak nanti kamu yang menyesal".

Adalah jelas mereka adalah pembohong dan pemutar belit dalam nisu APCO. Mereka berbohong tentang 16 Sept! Satu dunia tahu tentang pembohongan dan penipuan 16 Sept, tetapi yang pelik mengapa masih ada golongan yang menjadi "summum bukmum umyum faahum - pekak, bisu dan buta" kepada pembohongan dan penipuan yang begitu jelas depan mata kita. Bila melihat gelagat golongan ini, barulah teman faham mengapa Fir'aun ada pengikutnya, Haman ada pengikutnya, Namrud ada pengikutnya, Kamal Attarturk ada pengikutnya. Kerana sudah disuratkan oleh ALLAH akan ada manusia yang akan terus didalam kesesatan, bak kelkatu yang terpukau dengan cahaya yang akan membunuhnya! Maka menjadi tanggungjawab para pejuang dan pendakwah Islam untuk membawa dan membimbing mereka yang sesat ini kepangkal jalan.

Yang baik dan benar itu semuanya daripada ALLAH, dan yang tidak itu adalah daripada kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH terus memberikan nikmat hidayah dan petunjuk serta kepampunan kepada teman dan kita semua.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Khamis

10 Muharram 1432

16 Disember 2010



rujuk : http://zul4kulim.blogspot.com/2010/12/pembohongan-apco.html


Dikirim dari iPhone saya