Pada 30 Ogos 1986, Tan Sri Abdullah Ahmad, bekas ahli Parlimen Kok Lanas telah menyampaikan satu ucapan yang bernada agak tegas dan begitu berterus terang di Institute of International Affairs, Singapura. Ucapan itu menimbulkan kontroversi kerana menggambarkan politik Malaysia sebagai Malay Dominance atau berasaskan penguasaan Melayu.
Gambaran ini menimbulkan reaksi yang dijangka terutama sekali dari kaum-kaum bukan Melayu. Sejak itu, gambaran Malay Dominance begitu kerap diguna hingga menjadi istilah. Ianya disalah terjemah menjadi Ketuanan Melayu.
Padahal istilah asal Ketuanan Melayu bermakna "tuan rumah" yang telah memberi warganegara kepada kaum imigren. Semasa perundingan untuk Merdeka, kuasa hakiki memberi kewarganegaraan dan untuk bersetuju untuk Merdeka dan sistem kenegaraan yang demokrasi terletak kepada kuasa raja-raja. Raja-raja adalah pemerintah yang berdaulat (sovereign ruler), manakala penjajah Inggeris hanya diberi kuasa mentadbir dan hanya salah satu pihak memberi persetujuan.
"Tuan" juga bermakna hormat dan bukan makna "tuan dan hamba" yang diperkatakan pemimpin-pemimpin parti-parti MCA dan Gerakan baru-baru ini. Makna sedemikian hanya timbul penggunaan semasa zaman "penjajahan Inggeris" yang mana pekerja dan rakyat Melayu memberi gelaran tuan kepada mereka.
Mutakhir ini, istilah Ketuanan Melayu disoal begitu terbuka oleh pelbagai pihak dan diambil peluang untuk modal politik oleh pelbagai parti politik, termasuk parti-parti politik berasaskan Melayu. Apabila Dato Mukhriz mengajak dihentikan retorik dan dicadangkan satu sistem persekolahan kebangsaan sebagai mengurangkan polarisasi kaum, reaksi mereka sungguh negatif sekali.
Ucapan Abdullah perlu dilihat kembali untuk memahami kembali konteks ucapannya. Pasti ramai yang tidak pernah membaca ucapan ini. Ucapan itu dipetik dari buku, "Malay Dominance?" (1987) karangan K Das dan disiarkan sepenuhnya untuk dikaji, dibahas dan dianalisa semula.
Adakah kecaman dan kesimpulan komentar terhadap ucapan itu selama ini adil? Selain istilah yang terlalu terus terang dan menimbulkan kontroversi, adakah gambaran realiti politik yang dibentangnya tiada kebenaran semasa itu? Keadaan mungkin sudah ada perubahan, adakah benar masyarakat Malaysia sekarang sudah berubah dan sedia mengetepikan politik perkauman dan pelbagai tuntutan-tuntutan benar-benar sifar perkauman? Ini adalah antara persoalan-persoalan yang mungkin timbul.
Untuk baca lagi sila ke sana
http://pesanan-pesanan.blogspot.com/2008/12/ucapan-malay-dominance-abdullah-ahmad.html
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment