Thursday, November 18, 2010

Belasungkawa untuk Ust Omar Khalid - Penentang terhebat PAS dan Nik Aziz !!!



Ustaz Omar Khalid adalah seorang tokoh yang pernah berjuang dalam Pas di era 70-an dan 80-an.

Pernah menjawat Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu dan Ketua Penerangan Pas Terengganu. Juga pernah ditahan ISA semata-mata kerana perjuangan Pas yang kononnya selari dengan Islam.


Fasih bertutur dalam bahasa Arab dan bijak menghuraikan ayat suci al-Quran serta Hadis.



Perjuangannya tetap satu menegakkan kalimah ALLAH dan perjuangan Islam melalui UMNO pula. 


Mendengar ceramah yang disampaikannya, cukup menarik. Beliau seorang yang bersahaja, tetapi isi ceramahnya penuh dengan fakta. Pokoknya, Pas yang menjadikan dirinya hebat di mata perjuangan parti, tetapi berdosa kepada ALLAH kerana berbohong besar.



Menurutnya, pembohongan ini dibuat semata-mata untuk menarik rakyat menyokong Pas.           Pelbagai fatwa dikeluarkan kerana diajar oleh tok gurunya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Beliau merupakan anak murid yang paling disayangi oleh Nik Aziz. Selalu berada di bawah ketiaknya ke mana saja pergi dan sanggup melakukan apa saja demi perjuangan Pas.



Sebagai bukti anak emas Datuk Nik Aziz, Ustaz Omar pernah diberi tugas menggantikan Mursyidul Am Pas sebagai tenaga pengajar di Kelab (Pejabat) Pas Kota Bharu pada hari Jumaat.


Setelah bergiat selama 35 tahun dalam Pas, segala-galanya berubah bila Pas berjaya menawan Kelantan pada tahun 1990. Perjuangan yang dikecapi melalui Pas sejak tahun 1956 bertukar menjadi medan permusuhan yang amat besar kerana semata-mata ALLAH telah membuka hidayah kepadanya.



Fakta yang jelas, katanya : PAS TERLALU BANYAK MEMBOHONGI RAKYAT. Paling besar pembohongan Pas ialah ingin mewujudkan perundangan Islam di Kelantan sebaik sahaja mendapat kuasa pada pilihanraya tahun 1990.


Nik Aziz yang memberi jaminan ini dan diikuti oleh pemimpin Pas yang lain.



Tahun demi tahun, Ustaz Omar Khalid melihat pemerintahan Pas tidak ke mana. Keadaannya tetap serupa dengan pemerintahan UMNO/BN. Hinggalah tahun 1993, beliau bertemu dengan Datuk Nik Aziz di rumahnya bertanyakan tentang perundangan Islam yang bakal dilaksanakan di Kelantan.



Lagipun, pada waktu itu, pemimpin Pas telah mula menggomol balak. Kebendaan telah menjadi perhatian utama pemimpin Pas terutamanya wakil rakyat. Ini juga menjadi tajuk perbualannya dengan Datuk Nik Aziz.



Bagaimanapun, Datuk Nik Aziz memberikan jawapan yang cukup mengecewakannya. Menteri Besar Kelantan mengibaratkan Pas cuma ada kaki saja, tetapi badannya tidak ada. Maksudnya, Kelantan saja diperintah oleh Pas tapi Pusat oleh BN. Jelas PAS berdolak dalih dalam isu tersebut.



Satu lagi alasan Datuk Nik Aziz ialah politik sama seperti sebuah peperangan yang penuh dengan tipu muslihat. Jadi, Pas terpaksa menipu untuk memenangi peperangan dalam pilihanraya.





harta harta didakwa milik Nik Aziz dan keluarga

Setelah Nik Aziz berkata demikian, saya terus mengucapkan selamat tinggal dan tidak akan menjejakkan kaki lagi ke dalam Pas. demikian tegas Ustaz Omar. Sejak itu, dia tidak pernah bertemu Datuk Nik Aziz sehingga sekarang.



Paling serius, Ustaz Omar berkata, beliau sanggup menerima balasan dari ALLAH jika kenyataan yang dibuatnya dalam ceramah tersebut sebagai suatu pembohongan. Kesemua ucapannya adalah benar sebagai membalas dosa yang selama ini membohongi rakyat tentang perjuangan Pas yang sememangnya tidak selari dengan kehendak Islam.



Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Pas, beliau berdiam diri beberapa lama sambil membuat perbandingan antara perjuangan yang dibawa oleh UMNO dan Pas. Akhirnya, beliau membuat satu keputusan yang jitu untuk MASUK UMNO.



Padanya, terlalu banyak Datuk Nik Aziz melakukan penipuan termasuk penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan oleh rakyat. Buktinya, kata beliau, Menteri Besar Kelantan sanggup menerima kereta Mercedes yang mewah dengan menggunakan wang rakyat. Nombor platnya DH 55.



Persoalannya:



Tidak selesakah Nik Aziz (Datuk) dengan kereta Mercedes S320 yang bernombor DAB 80 itu?



Sedangkan kereta itu juga mewah dan masih digunakan oleh kebanyakkan orang kaya tapi nampaknya angan-angan Mursyidul Am Pas itu cukup besar. Khayalannya untuk menaiki kereta mewah melampaui seorang jutawan. Adakah ini selari dengan sunnah rasul?


Kita tidak cemburu jika kereta Mercedes baru berharga hampir setengah juta ringgit (RM1/2 juta) itu dibeli dengan menggunakan wang sendiri. Tapi dia tahu hukum hakam, sanggup! pula gu na harta rakyat secara boros. Boros adalah saudara syaitan. Di mana sifat ulama yang ada pada Datuk Nik Aziz?



Ustaz Omar berkata, jika beliau terus kekal dalam Pas, dirinya akan berdosa besar. Dia tidak sanggup bersekongkol dengan parti yang membelakangkan Islam. Apatah lagi janji Pas untuk menunaikan kehendak Islam tidak tertunai sehingga kini walaupun sudah 17 tahun menerajui Kelantan.



Kalau saya kekal dalam Pas, tentu dapatlah merasai hidup mewah. Paling tidak, dapatlah rasa duit balak sebatang dua! katanya. Tapi hakikat perjuangan lebih memihak kepadanya untuk bersama UMNO. Tidak ramai orang seperti Ustaz Omar yang meninggalkan PAS ketika sedang menikmati kuasa memerintah negeri Kelantan hingga sekarang.



Semasa dalam Pas dulu, Ustaz Omar merupakan taukeh kaset (rakaman ceramah Pas) yang sangat terkenal dengan nama Pustaka al Jihad. Siapa yang pernah memiliki kaset ceramah tentu akan sedar bahawa Pustaka itulah yang giat mengedarkan bahan ceramah pemimpin PAS termasuk Nik Aziz.

Kini, syarikat itu dijual kerana ianya bertentangan dengan ajaran Islam dan hanya menjaja janji Pas yang tidak tertunai. Dia tidak bersedia lagi untuk terus bersekongkol dengan Pas jelas  gagal menjadikan Islam sebagai addin.







(Nota: Pengakuan ini pernah disiarkan dalam AlHaq, Jun-Julai 2007) 

dan dipetik dari laman http://bn.bonology.com/ 


Selepas ini Panglima akan menyusun kembali rakaman video Allahyarham demi memberi kesedaran kepada rakyat dari mulut orang kuat Nik Aziz sendiri bernama Ust Omar Khalid.


Antaranya isu Nik Aziz didakwa beliau sudah murtad dan juga asal usul gelaran Tok Guru yang diakui direka oleh beliau sendiri sebagai psy-war ( propaganda ) agar rakyat takut dengan ajaran Nik Aziz dan tidak berani membantahnya.

Kegigihan beliau wajar disanjung semua pihak dan keazamannya keluar PAS di saat parti tersebut berjaya memerintah Kelantan membuktikan beliau tegas dan teguh atas prinsip KEBENARAN yang diperjuangkannya dari dulu hingga meninggal pada bulan lalu.

Al Fatihah kepada arwah yang sudah berpindah ke alam barzakh dan moga rohnya ditempatkan bersama golongan Muttaqin Syuhada dan Solehin. Moga jasa beliau menyedarkan kita akan diganjari Allah dengan sebaik-baik ganjaran.


Amin Ya Rabbal Alamin


Lagi artikel mengenai beliau 





Tulisan Allahyarham tentang isu Amanat Hj Hadi dalam bab Mengkafirkan Umno ada disiar oleh Utusan Malaysia di sini http://utusan.com.my/utusan/


tulisan : 

Panglima Perang Cyber @ 

No comments:

Post a Comment