Friday, November 5, 2010

Khabar Gembira Untuk Anwar dan geng Islam Liberal- Blog AIDC bakal ditutup bila-bila masa !!!

AIDC dikhabarkan akan ditutup telah dihebahkan oleh GAP di blog beliau di sini http://www.gerakan-anti-pkr.blogspot.com/.

Disusuli dengan sms khusus kepada Panglima mengkhabarkan perkara yang sama di samping meminta sesuatu dibuat bagi menghalang ia ditutup.

Beberapa usaha sedang dan akan dibuat bagi mengusahakan dana kewangan untuk kos operasi laman hebat seperti AIDC ini. Terima kasih kepada GAP yang telah lancarkan kempen 'save aidc' dan tulisan ini sebagai satu sokongan kepada kempen beliau.

Sesungguhnya tiada blog atau laman yang mampu menerobos ke sisi gelap Anwar sepertimana yang telah dibuat oleh AIDC. Banyak fakta dan gambar telah disiarkan dan jarang ditemui di mana mana blog atau laman biasa lain.

Panglima sendiri telah berbincang dengan blogger2 AIDC bahawa mereka akan dibantu dan tidak akan dibiarkan keseorangan. Harap sahabat blogger yang lain dapat mewar-warkan perkara ini di blog masing-masing.

Panglima sendiri secara peribadi pernah bertemu pengendali AIDC seperti blogger yang lain dan memahami kesulitan mereka berjuang tanpa sebarang pembelaan dari aspek bantuan kewangan yang mencukupi untuk diteruskan operasi memerangi musuh negara di alam cyber.

Maka dengan hasrat ingin membantu sahabat AIDC maka dengan penuh rendah hati disyorkan kepada kawan kawan agar dapat dibuat membuat derma kilat dan menyampaikan perkara ini kepada orang kaya yang mampu agar segera menghulurkan dana kepada akaun AIDC.

Untuk jangka masa panjang AIDC boleh dibantu dengan membuat auto debit kepada akaun AIDC yang boleh diambil di lamannya di sini http://www.anwaraidc.com/

Jika ada seribu rakyat Malaysia yang sedar kepentingan blog facebook di alam siber dan sanggup berkorban RM10 sebulan kepada AIDC sudah tentu akan berkekalanlah perjuangan sahabat blogger AIDC kita.

Kita bimbang perjuangan yang masih panjang ini akan gagal selepas kita telah berjaya mengharungi selama dua tahun dengan berjaya.

Mahukah kita melihat Anwar, Raja Petra dan geng mereka bersorak gembira melihat laman ini terhenti operasinya kerana sikap kita yang 'kedekut' membantu mereka?

Mahukah kita membiarkan agenda Islam Liberal dan Gay Lesbian semakin mendapat tempat di hati anak muda akibat tiada penerangan terperinci seperti mana yang dibuat oleh AIDC?

Mampukah kita menghasilkan tulisan yang bisa merubah pandangan fanatik Anwar jika kita enggan membantu pasukan AIDC yang begitu komited dan tekun melaksanakannya selama ini?
Jasa mereka mesti kita balas dengan cara yang mampu kita lakukan.


Berikut komen ahli Yahoogroups AIDC bernama Norman Suratman tentang penutupan AIDC yang boleh kita kongsi bersama :

 A.w.w. sbg maklumat tambahan, laporan2 AIDC juga menjadi bahan2 rujukan para pembaca dari luar Malaysia. Ia memberikan gambaran dan info jelas yg turut membantu membetulkan salahfaham pelbagai pihak luar terhadap propaganda songsang yg digembar-gemburkan oleh konco2 Anwar Ibrahim kononnya dia manusia yg teraniaya dan mangsa komplot politik kerajaan dan pemimpin negara sejak dari zaman Tun Dr M lagi.

Bukti perubahan awal 360 darjah bahawa AIDC begitu membantu mengubah minda dan kesedaran rakyat menerusi maklumat internet pro-kebenaran ialah keputusan2 p-raya kecil di Batu Sapi dan Galas. Ia pertanda betapa berkesannya jentera maklumat AIDC di kalangan generasi muda dan mesra internet. 

Nasihat saya, rakan2 di AIDC usahlah patah semangat dlm perjuangan yg kian menampakkan hasilnya.  Sdr/sdri semua adalah pejuang tulen yg ganjarannya akan hanya dibayar oleh Allah swt dan saya yakin ia pasti terpahat dlm sejarah politik M'sia walaupun mungkin masih kurang yg menghargai sumbangan anda semua sekarang.

Demi maruah agama, bangsa dan negara, teruskanlah perjuangan murni ini. Anggaplah apa juga cabaran, dugaan dan seumpamanya sbg cabaran yg sebelum ini dilalui oleh tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah ketika mereka memerangi golongan kafirun dan munafikun yg membeci Islam. Insya-Allah juga, generasi akan datang juga akan turut menyanjungi jasa2 anda menghalang anasir-anasir petualang, musuh dan anti agama, bangsa dan negara daripada menjadikan Malaysia sama ada sebuah republik atau negara yg Islamnya diliberalkan, kemurniannya dirosakkan dan kesuciannya dicemarkan.

Ingatlah, pahala syuhada penegak dan pembela agama, bangsa dan negara begitu besar dan dimuliakan oleh Allah swt dan Rasulullah saw. Sahutlah panggilan agama, bangsa dan negara ini agar musuh-musuh di dalam dan luar negara tidak dapat meneruskan agenda kotor mereka di bumi bertuah Malaysia ini.

Saya sokong terus perjuangan anda semua dgn apa juga cara yang termampu, insya-Allah. Hidup Malaysia, hidup AIDC dan suburlah agama dan umat Islam yg cintakan amanat Rasulullah utk mencari keridaan Ilahi. Amin y.a.

Salam persaudaraan.

Norman Suratman 

Diharap sesiapa yang mahu memberi sumbangan boleh sms rakan rakan perkara ini atau terus memasukkan duit ke akaun yang AIDC seperti yang tertera di sini.

Panglima yakin AIDC juga boleh bantu blogger-blogger yang tidak terbela nasib mereka jika mendapat dana yang besar asalkan sama arah dan matlamat mereka demi agama bangsa dan negara kita.

Salam perjuangan dan moga AIDC tidak akan ditelan zaman yang serba memerlukan wang hari ini.

Ayuh kita bergerak berusaha membantu sahabat yang dalam kesusahan.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment