Saturday, June 5, 2010

Bukti Anwar Dapat Layanan Istimewa Amerika


  1. Anwar Ibrahim telah banyak dikaitkan dengan beberapa tokoh Amerika dan didakwa menjadi 'agen' Amerika berdasarkan beberapa fakta yang ada di merata blog di siber ini. Jika ingin tahu tulis sahaja Anwar Ibrahim dan Yahudi di 'doktor google' anda tentu sekali berbagai artikel akan keluar. Atau lihat saja artikel oleh blog popular yang sering membongkar rahsia anwar AIDC di sinihttp://mindaaidc.wordpress.com/
  2. Ketika isu APCO hangat diperkata dan dibicara, Anwar Ibrahim mengambil pendekatan menuduh Perdana Malaysia ada kaitan dengan Yahudi APCO. APCO dikata menguasai pentadbiran negara dan mengilhamkan gagasan 1Malaysia.
  3. Serangan demi serangan yang dilancar selepas isu Altantunya,yang tetap gagal untuk dikaitkan dengan Datuk Seri Najib, tetap diteruskan dengan isu APCO. Meskipun ia hanya menjadi 'peluru kapur' Pakatan Haprak tajaan Anwar namun ia diulang-ulang berterusan sehingga membangkitkan kemarahan bangsa yahudi Zionis di Amerika bernama B'Nai B'rith International lihat sinihttp://www.bnaibrith.org/letter52610.cfm..
  4. Ekoran kritikan palsu penuh dusta tersebut maka pertubuhan Jewish terbesar di dunia di atas telah menghantar surat kepada pihak pentadbiran Amerik Syarikat bawah Barack Obama mendesak Anwar dilucutkan keistimewaan yang diperolehi selama ini. Lihat laporan di sini http://www.malaysiakini.com/
  5. Ini bermakna benarlah bahawa selama ini Anwar Ibrahim sememangnya telah lama mendapat layanan istimewa dari Amerika. Kerana mereka mendesak Amerika memutuskan hubungan dengan Anwar. Besar kemungkinan ia timbul kerana isu liwat yang hangat dibicara di Mahkamah sekarang sukar untuk dimenangi oleh Anwar maka pihak Pertubuhan Yahudi tertua di dunia itu tidak mahu mengambil risiko lalu terus 'menembak' bekas rakan baik Yahudi Zionis/ Amerika itu
  6. Senario terkini politik tanah air juga memperlihatkan peluang beliau untuk dinobatkan sebagai PM Malaysia seterusnya sudah pudar ekoran lompatan keluar ahli ahli serta YB PKR maka pihak yang menaruh harapan kepada Anwar sudah menarik 'hand brake' agar tidak terus menaruh harapan palsu kepada tertuduh kes liwat Saiful Bukhari ini..
  7. Apatah lagi dengan krisis demi krisis yang timbul dalam Pakatan Rakyat, yang gagal diselesaikan dengan baik oleh Anwar hingga beberapa Ahli Parlimen dan Adun bertindak keluar atau menanti untuk keluar, maka Anwar dilihat sudah tidak ada 'guna' lagi.
  8. Maka jika di Pakistan pemimpin yang pro Barat seperti Benazir Bhuto telah mati dibom tentu tidak mustahil Anwar Ibrahim yang banyak menyimpan rahsia sulit 'hubungan terlarang' antara dua benua ini akan 'dimatikan karektarnya' di mata dunia Yahudi/Barat.
  9. Meskipun agak pelik kerana berita ini disiarkan olehHarakahdaily dan Malaysiakini akan desakan Pertubuhan Yahudi tersebut namun saya dapat melihat ia bertujuan untuk menonjolkan diri Anwar Ibrahim sebagai tokoh anti Yahudi paling ikhlas dan sangat tekad melawan Zionis di negara kita.
  10. Ketika ini Anwar Ibrahim sangat memerlukan 'oksigen' agar nyawa politiknya yang gagal dijaga ekoran kebocoran 'liwat' di mahkamah boleh dilanjutkan hingga PRU akan datang. Mungkin percubaan terakhir Anwar ini akan mengorbankan segala-galanya namun demi jawatan PM sudah tentu Anwar akan lakukan apa sahaja.Ibarat lagu KRU 'apa saja untukmu'
  11. Maka untuk percubaan kali terakhir maka jangan kita pelik jika Anwar dan rakan rakannya akan menonjolkan diri mereka sebagai pejuang menentang Zionis Yahudi walhal merekalah sebenarnya yang membawa keuntungan kepada Yahudi Zionis.
  12. Lihat bagaimana satu persatu 'akidah' dan maruah umat Islam telah diancam hasil kerjasama politik tajaan Anwar Ibrahim sehingga nama Allah digadai, arak dibenar, rumah urut bercambah, penyelewengan berleluasa, rasuah berganda, ayat suci al quran dibaca bukan Islam, azan diperlahan, PAS menjadi liberal, DAP roboh gerai rakyat di Pulau Pinang dan banyak lagi.
  13. Jangan mudah terpedaya dan teruslah berusaha mencari kebenaran di depan mata agar kita terus bersama orang orang yang benar dalam percakapan, iktikad dan amalannya.



Siap tulis : 4.13 pagi 5 Jun 2010

Tulisan : Panglima Perang Cyber @ http://penembak-tepat.blogspot.com 

No comments:

Post a Comment