Kenyataan Harussani mungkin ada kaitan dengan program di atas. Pada 18 Julai 2010, bertempat di Dewan Sultan Abdul Halim, Kolej Universiti Islam Insaniah (KUIN), Kedah, telah dianjurkan program Perasmian Pelancaran Kempen Perlembagaanku Peringkat Negeri Kedah. Hadir sama adalah Zaid Ibrahim sebagai panelis forum (baca sini). Nampaknya kerajaan negeri Kedah dan pemimpin PKR terlibat sama dalam usaha untuk membuat perlembagaan baru ini.
Paul Linus Andrews (Head of Department of Law, Sunway College University), bersama Samuel Leong, Yap Yin May dan Nadia Abu Bakar adalah antara mereka awal terlibat dalam kempen kesedaran "Perlembagaanku", yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Negara. Kempen ini telah dilancarkan sejak 13 November 2009 lagi. Rentetan daripada itu timbul pula buku "The March to Putrajaya - Malaysia New Era Is At Hand" oleh Kim Quek yang mengandungi 361 muka surat. Buku ini didakwa memutar belit banyak perkara dan menghasut rakyat untuk membenci Perlembagaan yang sedia ada.Sesudah tuntutan Interfaith Commission (IFC) dan Forum Memeluk Islam pada 9 Ogos 2008 , Bar Council berterusan untuk mempertikai perlembagaan dengan kempen "Perlembagaanku". Dalang-dalang yang terlibat dalam usaha untuk membuat perlembagaan baru dan meminta agar semua persetujuan sosial yang sudah termaktub dalam perlembagaan dibatal perlu disiasat dan dikenakan tindakan. Kempen mereka ini boleh meracun pemikiran rakyat untuk meruntuhkan segala-gala yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan.
SUMBER : http://anginperubahan.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment