Monday, February 7, 2011




Tanda soal yang diguna menunjukkan ketidakpastian data yang diguna. Adakah kerna enggan letak jawatan maka Hosni cuba diaibkan sedemikian rupa?

Propaganda ini yang disebar agensi berita antarabangsa barat dan disiar kembali oleh media massa kita, jelas untuk memburukkan nama baik Presiden Hosni Mubarak.

Panglima sedar taktik yang sama diguna untuk memburukkan Tun Mahathir sebelum ini dan dalam masa yang sama mengangkat pilihan mereka seperti Anwar.

Soalnya sekarang sangat jelas bahawa siapa yang anti Barat akan dihina sebegini dan siapa sahaja yang sanggup jadi barua mereka tentu akan dipopularkan seluruh dunia.

Mereka ini adalah ' dajal ' versi moden yang harus kita sedar. Kemerosotan ekonomi ditentukan oleh 'dajal' ini dan kita tahu selama ini negara tidak tunduk kepada mereka seperti Iraq dan Mesir telah diketepikan peluang mengecap kemakmuran ekonomi.

Sebab itu 40 peratus rakyat mesir dari 80 juta rakyatnya berpendapatan bawah USD 2 sehari.

Sebab itu Qatar dan Kuwait makmur dan moden kerana dibantu 'dajal' sehingga padang pasir pun bertukar padang hijau.

Sokong Mubarak dan hancurkan proksi  Dajal di mana sahaja !





Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment