Friday, April 30, 2010

Mesti sebar : Beza RM 4 juta PAS burukkan Pak Lah dan RM 77 juta BN naikkan imej Malaysia

 

Tulisan blogger satulimatiga @ http://satulimatiga.blogspot.com/ 

PAS lawan Kickdefella: Pengaruh Anwar dan "pengakuan" Setiausaha Akhbar Nik Aziz!


1. Pendedahan yang dibuat oleh blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella) bertajuk Saya Yakin Nik Aziz Akan Kena Dakwa – Jawapan Kepada S/U Akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi (sini) mengenai peruntukkan RM 4 juta yang diberikan kepadanya untuk Operasi Gerak Saraf bagi mewujudkan pelbagai persepsi yang boleh melemahkan kepimpinan YB Tun Abdullah dan BN amat mengejutkan dan menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong PAS.

2. Penulis berkesempatan menonton Buletin Awani jam 9.00 malam semalam (29 April) dan mendengar jawapan Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar MB Kelantan yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan "menjawab semula" jawapan Kickdefella itu.

3. Pertamanya, mendengar cara Ahmad Fadhli bercakap kepada wartawan, ia saling tidak tumpah dengan cara Anwar Ibrahim berkata-kata. Jelas sekali 
beliau terikut-ikut dengan gaya pertuturan Anwar.

4. Jika dibandingkan dengan Ezam yang pernah jatuh bangun bersama-sama Anwar, Ahmad Fadhli bukan salah seorang dari golongan Angkatan Muda Keadilan yang pernah dipimpin oleh Ezam. Ezam merupakan tonggak kepada penubuhan Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya menjadi Parti Keadilan Rakyat tetapi Ahmad Fadhli tidak.

5. Sebaliknya, Ahmad Fadhli menghidupkan karier politiknya di dalam PAS sejak awal lagi. Oleh itu, 
beliau sepatutnya lebih terpengaruh dengan gaya pengucapan pimpinan tertinggi PAS. Jika tidak Nik Aziz, Hadi Awang, ataupun sekurang-kurangnya Mahfuz Omar ataupun Mat Sabu. Ini tidak, gaya Anwar juga yang dicontohinya.

6. Ini membuktikan bahawa 
pengaruh Anwar begitu kuat meresap di kalangan ahli PAS khususnya golongan pemudanya. Gelaran Erdogan yang diberikan kepada ahli PAS yang menyanjungi Anwar sebagai idola tidak lagi boleh dikhususkan kepada Ahli Parlimen mereka. Kini ia telah berakar umbi sehingga ke peringkat ahli dan pimpinan PAS sendiri.

7. Sebab itu penulis tidak hairan segala perkara yang berkaitan dengan Islam semakin diliberalkan oleh PAS sekarang. Lihat saja bagaimana slogan Membangun Bersama Islam dan Negara Islam tidak langsung kedengaran dan dilaungkan oleh PAS, hanya kerana ada perkataan "Islam" di dalamnya.

8. Berbalik kepada jawapan Fadhli, penulis tersenyum sendirian apabila mendengar beliau cuba untuk membandingkan nilai 4 juta yang diperuntukkan kepada Kickdefella dengan 77 juta yang dibelanjakan Kerajaan Persekutuan untuk melantik APCO sebagai perunding. Katanya nilai yang diterima Kickdefella "masih kecil". Ini bermakna,
Fadhli secara sedar dan waras bersetuju dan mengakui bahawa Kickdefella telah menerima peruntukkan sebanyak RM 4 juta untuk memburukkan kepimpinan YB Tun Abdullah.

9. Lihat juga ulasan Utusan Malaysia bertajuk 
Pemuda Pas minta kepimpinan parti siasat dakwaan penulis blog di sini. Penulis memetik di dalamnya bait kata Fadhli yang menyatakan,

"'Jumlah yang didakwa kononnya untuk tujuan gerak saraf itu masih kecil berbanding peruntukan yang digunakan oleh Kerajaan Pusat bagi melanggan khidmat Apco Worldwide".

Nampak jelas pengakuan Fadhli di situ bukan?.

10. Rakyat negeri Kelantan juga harus merasa kecewa kerana memiliki seorang Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar yang gagal untuk menjawab secara kukuh isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kerajaan negeri. Lihat saja bagaimana beliau secara tidak rasional cuba untuk mengaitkan Kerajaan Persekutuan di dalam pertelingkahannya dengan Kickdefella. Apa kaitannya Kerajaan Persekutan dengan pendedahan Kickdefella? Mengapa perlu ditimbulkan isu APCO?

11. Isu kerajaan melantik APCO dengan isu Kickdefella langsung tidak berkait. Perbezaannya ialah 
APCO dilantik oleh Kerajaan Pusat untuk meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Langkah ini juga dilihat sebagai usaha untuk memulihkan imej Malaysia yang tercalar angkara pengkhianat-pengkhianat yang memburukkan negara sama ada melalui ucapan di perjumpaan rasmi dan tidak rasmi, mesyuarat, forum, persidangan mahupun di laman-laman web milik mereka. Ia dibuat demi untuk kepentingan negara. Kickdefella pula dilantik untuk memburukkan dan melemahkan imej kepimpinan YB Tun Abdullah. Ia dibuat atas kepentingan politik PAS. Bukankah ia jelas berbeza?

12. Kesimpulannya, pimpinan PAS sebenarnya kecut perut apabila pendekatan mereka dan kaedah yang digunakan untuk memburukkan Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan dan Barisan Nasional didedahkan sedikit demi sedikit oleh Kickdefella. Jika Ezam pernah berada di dalam PKR, Kickdefella pula pernah berada di dalam PAS untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

13. Hari ini, apabila Kickdefella dilihat seperti beralih arah, walaupun tidak menyertai UMNO, PAS dilihat cuba untuk "mendiamkan" beliau walau dengan apa cara sekalipun. Justeru, amat tidak menghairankan jika selepas ini pelbagai celaan yang akan dilemparkan kepada Kickdefella walaupun apa yang diperkatakannya adalah kebenaran. Namun tindakan itu bukanlah sesuatu yang amat menghairankan, bukankah ia "metodologi perjuangan" PAS sejak dulu lagi?

Nota kaki:
Sepatutnya PAS jawab perkara berbangkit tanpa perlu kaitkan BN. Nampaknya mereka semakin hilang arah dan pedoman. PAS tidak lagi dilihat berprinsip dan kukuh seperti ketika era pimpinan Allahyarham Fahdil Noor (Al-Fatihah). Dulu PAS sanggup untuk mengenepikan apa saja asalkan prinsip perjuangan tidak digadaikan. Hari ini, Anwar, undi dan kuasa mengatasi segalanya! Takbirrrrr! 


Thursday, April 29, 2010

Edisi Khas : Sultan Selangor Murka Terhadap Mursyidul Am PAS yang Pertikai Titah Baginda !!!

Elak datang ke Selangor jika enggan patuhi larangan berpolitik di masjid: Sultan Sharafuddin





SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah larangan penggunaan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat untuk berpolitik adalah bertujuan untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat umat Islam.
Baginda bertitah, sekiranya seseorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang ditetapkan di Selangor ini, mereka perlu mengelakkan diri daripada datang ke Selangor. Titah baginda, ini adalah kerana masjid dan surau adalah tempat umat Islam berkumpul bagi melakukan amal ibadat di samping mengeratkan silaturahim sesama mereka. Justeru, titah baginda, walaupun tiada halangan bagi rakyat dari negeri lain datang ke Selangor untuk bermastautin atau mencari rezeki, mereka perlu mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang ada di Selangor.
"Di sini, Beta ingin mengambil kesempatan untuk memberi penjelasan terhadap titah Beta supaya tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik kerana ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah Beta itu dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.
"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan untuk digunakan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemar kesucian masjid seperti caci-mencaci, fitnah-memfitnah, tohmahan yang tidak berasas, memburukkan keperibadian seseorang dan sebagainya," titah Baginda.
Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin, di sini, pagi ini.
Isnin lalu, Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, mempertahankan kenyataannya semasa kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor minggu lalu bahawa isu politik boleh dibincangkan dalam masjid yang menjadi institusi dalam masyarakat Islam.
Katanya, politik tidak semestinya terhad kepada hal membabitkan parti semata-mata, sebaliknya merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat. -BH


1. Jelas DYMM Sultan Selangor amat murka terhadap pihak yang telah mempertikaikan titah Baginda berhubung larangan menjadikan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik.

2. Titah Baginda adalah sangat penting untuk ditaati oleh semua pihak tidak kira dari UMNO , PAS dan PKR demi menjaga kesatuan ummat yang berada di bawah naungan DYMM Al Sultan.

3. Sindiran dalam titah Baginda jelas ditujukan kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mengaitkan larangan berpolitik di masjid adalah karut atau ditinggalkan oleh penjajah.

4. Hingga kini Nik Aziz bukan setakat biadap terhadap Sultan Selangor bahkan kalau kita teliti Nik Aziz juga pernah menghina Nabi Muhammad s.a.w dengan mengaitkan baginda dengan amalan kronisme semasa isu perlantikan menantunya Ariffahmi menjadi CEO PMBK sebelum ini.

5. Panglima sebagai rakyat yang bermastautin di Selangor merafak sembah terhadap DYMM Sultan atas titah yang begitu ditunggu oleh kami sekelian sebagai rakyat yang cintakan perpaduan dan bencikan perpecahan.

6. Selaku Ketua Agama sememangnya DYMM Sultan berhak menetapkan larangan agar tidak ada pihak menyalahgunakan masjid dan surau untuk dijadikan tempat menyebarkan politik kebencian  yang tidak pernah wujud di zaman Rasul dan Sahabat.

7. Marilah kita bersama sama menjunjung titah baginda Al Sultan ini dan memastikan tiada pihak yang akan terus ingkar dan biadap terhadap Ketua Agama Islam bagi Negeri Selangor khasnya dan seluruh Malaysia amnya.


Daulat Tuanku !!!


Panglima Perang Cyber
Khamis 29 April 2010  5.45 pm

Wednesday, April 28, 2010

Resolusi BPN 1 / 2010 : Nizar wajar dikenakan Akta Hasutan !!!

 

1. BPN memandang serius tindakan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaludin yang telah menghasut Cina semasa kempen Hulu Selangor baru baru ini.

2. Tuduhan yang sangat dahsyat dilemparkan terhadap Perdana Menteri di mana ia sarat dengan hasutan dan fitnah serta boleh mencetuskan sentimen perkauman antara bangsa Cina dan Melayu di negara kita.

3. Banyak pihak telah mengecam tindakan tersebut di blog blog mereka dan ia menunjukkan bahawa majoriti rakyat penyokong Kerajaan yang cintakan keamanan mahu Datuk Seri Nizar ditangkap bawah Akta Hasutan atau ISA.

4. Jika dibiarkan BPN khuatir ia boleh menimbulkan perasaan marah yang tidak terhingga terhadap Datuk Seri Nizar yang secara jelas berniat jahat apabila melemparkan fitnah terhadap Perdana Menteri demi untuk mendapatkan sokongan kaum Cina di Hulu Selangor. Apatah lagi sebelum ini begitu banyak fitnah dilemparkan terhadap PM termasuk isu Altantunya.

5. Dengan itu BPN mendesak agar pihak berkuasa menjalankan siasatan dan menangkap beliau bawah Akta Hasutan atau Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA) dengan segera sebelum apa apa terjadi.


Mohon resolusi ini diedarkan dengan segera oleh Blogger BPN  !!!


Yang benar,


Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara (BPN)


28 April 2010 Hari Rabu Jam 11  malam








Tuesday, April 27, 2010

Nizar patut ditangkap segera kerana menghasut !!!!!

  
 


  


TUDUHAN PALSU YANG DIBUAT OLEH  NIZAR JAMALUDDIN DALAM VIDEO TERSEBUT SANGAT BERBAHAYA DAN BOLEH DIKIRA MENGHASUT RAKYAT JUGA BOLEH MENIMBULKAN HURU HARA.

NIZAR MENDAKWA DATUK SERI NAJIB PERNAH BERKATA


" KITA MESTI BASAHKAN KERIS INI DENGAN DARAH CINA " 


" KITA MESTI BANJIRKAN PEKAN KUALA LUMPUR  DENGAN DARAH CINA "


MINTA PIHAK KESELAMATAN BERTINDAK SEGERA TERHADAP MANUSIA YANG GILA TALAK JAWATAN MB INI.

JANGAN SAMPAI PERGADUHAN KAUM TERCETUS AKIBAT TINDAKAN TIDAK BERMORAL NIZAR JAMALUDIN YANG MENYENTUH ISU YANG SANGAT SENSITIF TERHADAP ORANG CINA DEMI UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN POLITIK.

TANGKAP SEBELUM TERLAMBAT....




Beza Politik Nabi Muhammad SAW dan Nik Aziz Nik Mat - Penjelasan Bekas Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan


 
 



























Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya ingin mengajak saudara saudari warga Malaysia membaca apa yang telah ditulis atau diterbitkan oleh seorang tokoh akademik negara kita tentang polemik yang ditimbulkan oleh bantahan Mursyidul Am Parti Islam seMalaysia, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bila dilarang oleh Jabatan Agama Islam Selangor Darul Ehsan untuk menggunakan mana mana premis masjid dan surau didalam negeri Selangor untuk berkempen politik untuk Pilihanraya Kecil Parlimen P94 Hulu Selangor samada melalui majlis ceramah atau syarahan umum.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

AGAMA DAN POLITIK oleh Prof Dato Dr Ismail Ibrahim

Umat Islam, terutamanya para ulamak, apabila bercakap tentang politik dan Islam, hendaklah tahu membezakan apakah artinya politik dan agama menurut perspektif ajaran Islam yang sebenarnya tentang takrif Islam dan takrif politik itu?


Rasulullah SAW adalah sorang ahli politik, kerana baginda telah mengetuai umat Islam dalam semua urusan pemerintahan, terutamanya setelah membentuk kerajaan Islam di Madinah dalam tahun 622 M. Baginda mengetuai urusan pentadbiran, ekonomi, pertahanan, dan baginda juga sebagai panglima angkatan tentera, serta urusan lain.


Urusan dan tindakan baginda itu adalah tindakan mengenai pentadbiran dan politik pemerintahan negara. Baginda juga memerintah dengan penuh beradab dan sentiasa berpandukan ilmu dan hikmah, sebab itulah baginda tidak melakukan apa yang dilakukan oleh ahli politik hari ini, ketika "berpolitik" artinya taksub kepada politik partisan, taksub dan fanatik kepada puak dan parti sendiri sahaja, boleh mengutuk dan menjatuhkan hukuman kepada parti lawan dan ahlinya sebagai "sekular" dan sebagainya tanpa memahami pun apakah sebenarnya konsep sekularisme itu. 


Sebab itulah juga baginda Rasulullah SAW berucap, berkhutbah dan sebagainya dengan menyentuh isu-isu pemerintahan negara dan urusan rakyat, tetapi baginda tidak pernah berkasar kepada para pengikutnya, baginda sentiasa berlembut dan beramanah dengan ilmu dan hikmah tanpa mengatakan orang lain munafik, jahat, boleh mendoakan untuk kebinasaan parti lawan, dan sebagainya. Kalau berpolitik seperti baginda, maka memang tidak ada larangan untuk digunakan masjid dan sebagainya untuk memandu dan menasihati orang awam tanpa sebarang perbezaan.


Tetapi kalau berpolitik untuk mengata nista, mengutuk dan mencerca, maka jauhilah dari masjid yang menjadi kepunyaan semua orang Islam tanpa mengira parti politik, politik tidak mempunyai tempat untuk orang yang berfahaman politik partisan melulu, politik sempit yang tidak sejajar dengan ajaran Islam yang sebenarnya.


Politik kepartian pada hari ini sebenarnya merupakan politik yang sering disalah gunakan, termasuk oleh para ulamak sendiri, iaitu apabila ianya dijadikan pentas dan platform untuk memusuhi lawan politik, memaki hamun dan melontarkan kata nesta kepada orang lain, iaitu satu tindakan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.


Oleh itu tak usahlah para ulamak politik, atau sesiapa sahaja orang politik boleh mendakwa bahawa politik pada hari ini sama sahaja dengan politik pada zaman Rasulullah SAW, oleh itu ia juga sama dengan Rasulullah untuk bertindak dalam "kempen" politik, menggunakan masjid dan sebagainya untuk "berpolitik" sedangkan "politik" yang dibawanya adalah "politik kotor" penuh emosi, taksub dan fanatik melulu, terkeluar dari ajaran Islam seperti yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW.


Orang ramai tidaklah seharusnya keliru dengan berbagai-bagai fatwa dan ajaran ahli politik taksub kepartian ini, kerana niatnya hanyalah untuk mendapat sokongan untuk politik nya dan partinya, sedangkan orang Islam seluruhnya haruslah juga mengetahui bahawa parti politik itu bukanlah agama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia melalui Rasulullah SAW yang tidak boleh diingkari, dan ahli politik itu juga bukanlah "Pesuruh Allah" yang tidak boleh di-ingkari juga segala kata-katanya.


Parti politik adalah parti politik buatan manusia yang ada salah dan silapnya, ahli politik kepartian itu juga adalah manusia biasa yang tidak maksum, dan suci, malah mungkin lebeh kotor dari orang lain yang tidak taksub kepartian.

Ingatlah parti politik bukannya agama, dan ahli politik itu bukanlah Nabi atau Rasul. Berhati-hatilah dengan hakikat ini supaya hidup kita juga tidak menjadi sesat dan berdosa.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Demikianlah cara orang yang bijaksana berfikir. Tidak taat membuta tuli atau taksub tanpa usul periksa akan agenda seseorang ahli politik itu.


Agama tidak menghalalkan memaki hamun dan memfitnah mana mana saingan politik. Diwaktu yang sama, adab bersiyasah tidak memberi ruang kepada mana mana penggiat politik untuk melakukan sesuatu yang bersalahan kepada hukum hakam Ad Deenul Islam mahupun melanggar tatacara dan adat resam turun temurun peradaban Melayu didalam berpolitik secara kasar dan penuh tipu daya dan muslihat semata mata mahu mengejar kuasa secara mutlak tanpa mengambil kira akan natijahnya terhadap anak bangsa dan negara.


Saya menyeru kepada saudara dan saudari para pembaca supaya menghayati isi kandungan artikel Prof Dato Dr Ismail Ibrahim ini dengan lebih mendalam lagi serta sebarkan kepada rangkaian kenalan anda.


Berbalik kepada persoalan tajuk 'Yang mana satu ulamak dan yang mana pula ahlul politik?'

Sudah dapat kenalpasti belum?



sumber : Mahaguru58 @ http://mahaguru58.blogspot.com/





Monday, April 26, 2010

PERJUANGAN BANGSA UNTUK EKONOMI MALAYSIA


Sejak dua minggu yang lalu, saya telah mengadakan lawatan berturut-turut ke luar negara: Vietnam, Amerika Syarikat dan akhir sekali Jepun. Kesemua lawatan ini sememangnya penuh dengan kesibukan namun sangat berhasil, dan saya amat gembira kerana tidak kembali ke Malaysia dengan tangan kosong seperti mana yang saya tekankan di bawah ini.


Tempat persinggahan pertama saya ialah Hanoi di mana saya telah menyertai Sidang Kemuncak Ke-16 ASEAN. Di samping menerima kenyataan bersama berhubung perubahan cuaca dan pemulihan dan pembangunan yang terjamin, kami komited untuk meningkatkan kerjasama serantau. Selain daripada Sidang Kemuncak, saya juga sempat berbincang tentang isu-isu seperti perdagangan dan pelaburan dalam pertemuan dua hala saya dengan Nguyễn Tấn Dũng, Perdana menteri Vietnam, dan telah menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara AirAsia dan VietJetAir dalam usaha memulakan satu sistem penerbangan kos rendah. Saya juga sangat tertarik dengan kehadiran sejumlah syarikat Malaysia yang berniaga di Vietnam.


Saya tinggalkan Asia menuju Washington, DC, dan Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear yang dipengerusikan oleh Presiden AS, Presiden Barack Obama yang mana saya berkesempatan mengadakan pertemuan dua hala buat kali pertamanya. Seperti yang saya maklumkan kepada para hadirin yang menghadiri forum CSIS berkaitan hubungan AS – Malaysia (yang mana saya telah menyampaikan ucapan dasar), bahawa Presiden AS sangat berminat untuk terlibat semula dengan Malaysia dan berharap untuk menjalinkan satu hubungan yang bermakna dan berhasil.


Juga antara yang terpenting dalam agenda saya ialah perdagangan dan pelaburan. Saya telah bertemu dengan peneraju-peneraju perniagaan dan telah berucap kepada para eksekutif yang menghadiri "Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan: Peluang-peluang Pelaburan" (yang dihoskan oleh Dewan Perniagaan AS). Saya mempelawa lebih banyak pelaburan AS dalam sektor-sektor seperti tenaga boleh baharu dan teknologi hijau (dua bidang pertumbuhan sasaran), dan menggesa syarikat-syarikat Malaysia untuk terus bekerjasama dengan rakan-rakan mereka dari AS.


Mesej yang diterima daripada sektor swasta di Amerika adalah positif: mereka ingin menambah pelaburan mereka di Malaysia, terutamanya dalam bidang-bidang yang dapat menyediakan peluang pekerjaan yang tinggi kepada rakyat Malaysia.


Pada lewat minggu tersebut, saya kembali ke kota raya yang kali terakhir saya lawati iaitu pada akhir November 2009: New York. Saya telah menyampaikan satu ceramah kepada Persatuan Asia. Saya telah menzahirkan di situ azam saya untuk menjayakan kedua-dua Model Ekonomi Baharu dan inisiatif 1Malaysia.


Saya meninggalkan negara Amerika Syarikat untuk menyambung lawatan ketiga dan terakhir saya ke Jepun: rakan kongsi strategik dan sahabat lama. Di Tokyo, saya dan Perdana Menteri Yukio Hatoyama bersetuju untuk meningkatkan hubungan dua hala kami ke arah perbatasan baharu. Komitmen baharu meliputi pengukuhan kerjasama dalam alam sekitar dan tenaga di bawah "Inisiatif Malaysia-Jepun untuk Alam Sekitar dan Tenaga" (saya kemudiannya melawat Loji Kitaran Semula JFE untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknologi hijau); menubuhkan Universiti Malaysia-Jepun; dan meningkatkan kerjasama bagi menggalakkan proses damai di Timur Tengah.


Dalam pertemuan dengan komuniti perniagaan di Jepun, saya telah melahirkan harapan supaya mereka melabur di Malaysia, dan telah memberikan garis panduan tentang langkah-langkah yang sedang kita laksanakan untuk memperlihatkan pendirian kita yang menyokong perniagaan. Malahan, selepas menerima anugerah doktor kehormat daripada Universiti Meiji, saya telah menekankan bahawa Jepun boleh memainkan peranan utama dalam transformasi kita kepada ekonomi inovasi.


Sepanjang perjalanan lawatan ini, saya tetap berpegang teguh dan jelas tentang satu mesej: bahawa Malaysia sudah bersedia untuk satu transformasi dalam ekonomi dan pertumbuhannya sebagai sebuah negara. Jangan salah anggap, sungguhpun kita kekal setia kepada nilai-nilai kita sebagai rakyat Malaysia, kita juga mesti bersedia untuk menggalas tanggungjawab yang lebih berat, bukan sekadar terawang-awang dalam persekitaran yang semakin mencabar tetapi cemerlang di dalamnya. Sokongan anda sebagai rakan senegara yang inginkan satu transformasi yang berjaya sangat berharga kepada pentadbiran saya dan diri saya sendiri apabila kita meneruskan usaha untuk kebaikan rakyat Malaysia.


Analisa Hulu Selangor : PKR kalah DAP menang PAS kecundang !!!

Keputusan PRK Hulu Selangor menjelaskan dengan tepat bahawa etnik China menolak konsep perkongsian kuasa yang selama ini diamalkan. Kejayaan membangunkan Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum, agama dan kebudayaan, telah tidak lagi menjadi keutamaan mereka walaupun itulah formula yang terbaik bagi negara ini.

Kesungguhan etnik China mencari dan menyuarakan pelbagai isu seolah-olah kerajaan BN tidak adil kepada mereka sudah memuncak. Mereka menolak secara total parti komponen MCA dan Gerakan dan kini berpaksi kukuh dengan parti DAP. Dengan kata lain
DAP berjaya menggantikan MCA dan Gerakan sebagai mewakili etnik China.

Daripada PRK Hulu Selangor, kita dapat membuat rumusan yang jelas iaitu
etnik China tidak memerlukan kerajaan untuk membangunkan mereka. Mereka tidak mahu bergantung kepada kerajaan untuk maju. Mereka sudah sangat percaya bahawa kuasa politik Malaysia perlu diubah dan mereka akan lebih maju lagi sekiranya dapat keluar dari bawah kerajaan BN sekarang.

Etnik China telah sampai ke kemuncak berpolitik mereka, iaitu mereka perlu memegang kuasa politik di negara ini.

Keyakinan ini memang berasas. Buktinya ialah kegigihan PAS dan PKR menyerang UMNO sudah sampai ke tahap merealisasikan cita-cita ini. Apabila PAS sendiri sudah mula menyerang Institusi Raja Melayu dan begitu liberal dalam persoalan agama Islam, orang-orang China sudah faham bahawa mala petaka sedang menghempap bangsa Melayu. Apabila PKR mengkucarkacirkan sistem kehakiman dan terus membantu melemahkan sistem politik berparlimen, orang-orang China sudah mendapat signal yang baik bahawa telah berlaku kemusnahan yang amat dahsyat kepada bangsa Melayu.

Dengan kata lain kesatuan bangsa Melayu sudah musnah. Kemusnahan ini akan meruntuhkan kuasa politik. Tanpa kuasa politik perlembagaan negara dapat diubah mengikut tafsiran baru Pas, PKR dan DAP. Apapun tafsirannya orang-orang China tetap menggenggam kuasa politik.

Zaid kalah tetapi DAP menang besar.

Kerajaan mencuba sehabis baik menawan hati rakyat Hulu Selangor termasuk mendengar rintihan kaum China. Peruntukan yang mereka minta dan suarakan ditunaikan segera yang boleh. Isu yang mereka bangkitkan diberi jaminan untuk diselesaikan. Tetapi mereka tetap kekal bersama DAP walaupun parti itu tidak mengeluarkan satu senpun peruntukan untuk mereka. DAP cuma menggunakan air liur sahaja menghasut dan terus menghasut dengan memberi harapan bahawa kuasa politik pasti dapat dirampas dari kerajaan sekarang.


Antara hasil kerja Pas selama ini

Orang-orang China telah nampak dan semakin yakin bahawa kuasa Melayu/Bumiputera-BN ini sudah semakin rapuh dan menghampiri ke penghujungnya. Ideologi DAP telah meresap ke dalam jantung pengikut-pengikut Pas dan PKR.

DAP tidak perlu lagi menubuhkan bahagian atau cawangan di kampung-kampung tetapi bendera mereka dibawa dan dikibarkan oleh tangan-tangan Melayu-Islam sendiri. DAP tidak perlu menghabiskan masa mentadbir parti dan mengeluarkan peruntukan mengurus bahagian atau cawangan, tetapi ideologi parti DAP berkembang mekar di seluruh tanahair.



Kalau kita perhatikan, setiap ceramah PAS akan membawa ideologi DAP ini samada mereka sedari atau tidak. Antaranya:

1. Perjuangan Pas tidak berasaskan bangsa
2. Keadilan adalah hak samarata
3. Menyuburkan kebencian dengan menimbulkan pertentangan kelas sosial
4. Sengaja menimbulkan ketidakpuasan hati dengan membesarkan isu-isu yang kecil


Dengan daya usaha PAS dan PKR, Orang Melayu
telah menabalkan Lim Kit Siang sebagai Hero dan
pemimpin yang akan memperjuangkan nasib
masa depan generasi kedua Felda.
-Felda Sg. Tengi 24 Apr. 2010 - Perhimpunan Kebangsaan Warga Felda
Majlis DAP Menerima Memorandum Bantahan

Saya menyeru rakan-rakan etnik China supaya kembali bersama dalam semangat 1Malaysia kerana itulah formula yang terbaik dan terbukti semenjak dari kemerdekaan hingga sekarang. Matlamat politik sempit DAP, Pas dan PKR hanya akan memusnahkan masa depan kita.

Saya juga menyeru rakan-rakan dalam PAS dan PKR supaya berpolitiklah secara matang dan berpandangan jauh. Nasib anak cucu kita adalah bergantung kepada keputusan yang kita buat sekarang.




Sunday, April 25, 2010

Tahniah semua : 3 Anak Ibrahim dari PKR sudah dikuburkan oleh orang Hulu Selangor dengan majoriti 1725 undi !!!

 


 
gambar : The Star

  1. Jam 8.09 pm Utusan News Alert memberitahu keputusan tidak rasmi PRK Hulu Selangor
  2. P.Kamalanathan menang dengan majoriti 1683 mengalahkan Zaid Ibrahim
  3. BN memperolehi 24669 undi manakala PKR pula mendapat 22986 undi
  4. Keputusan rasmi oleh Utusan Malaysia jam 9.19 malam : majoriti  ialah 1725 dengan BN mendapat 24997 dan PKR 23272
  5. Kemenangan ini membuktikan PKR gagal menang di negeri yang mereka kuasai meskipun menggunakan berbagai cara termasuk berkempen di surau2 dan masjid2 di Hulu Selangor
  6. Kehadiran Nik Aziz Nik Mat di saat akhir juga jelas semakin memburukkan keadaan dengan rakyat dapat melihat biadapnya MB Kelantan ini mengingkari titah Sultan yang melarang politik di rumah ibadat umat Islam tersebut dengan mengaitkannya dengan saki baki fahaman penjajah.
  7. Syabas kepada sahabat blogger samada dari geng BPN atau blogger2 yang lain khasnya Unit Media Baru, Blogger Patriot, All Blogger... Semoga kita akan terus menang di hari hari akan datang.
Jumpa di Sibu bulan depan untuk pertarungan lagi hebat dengan kafir harbi DAP......




gambar : The Star



Tulisan : Panglima Perang Cyber @ http://penembak-tepat.blogspot.com/ 




Friday, April 23, 2010

Bukti Kamalanathan Graduan Cowan Edith Universiti di Australia


 

AB baru mendapat maklumat tambahan tentang 'kelulusan' Calon BN P Kamalanathan.. Ada pihak yang mempertikaikan kelulusan beliau..


Ini semuanya taktik kotor Pakatan Rakyat melalui blogger mereka yang bahalol... mereka menuduh calon BN tipu sijil... buktinya sebab bila check kat laman web University tersebut nama calon BN tidak dijumpai..

Tapi itu semuanya pembohongan semata-mata.. mengikut carian AB, Kamalanathan sah merupakan bekas penuntut Cowan Edith University, Australia..

Ini adalah hasil kiriman pengunjung blog Ab yang memberitahu maklumat ini..

Cara2 untuk mendapat pengesahan mengenai status pengajian Kamalanathan:


Dalam ruang [Enter exact family name of graduate] ...masukkan P.KAMALANATHAN/P.PANCHANATHAN

Kosongkan ruang [Enter any given names of graduate]

Dalam ruang [Enter the Award Title] memasukkan
communication

Dan kemudian tekan 
Search.

Maka terhasil info sebegini:

Parchment Number: 2004100372
Name: P.KAMALANATHAN/P.PANCHANATHAN
Award: Bachelor of Communications
Conferral Date: 25/11/2003

Terbukti dan menunjukkan Kamalanathan menamatkan pengajiannya pada 25 November 2003, memiliki sijil Sarjana Muda Komunikasi.
Maka inilah yang terpapar dalam laman web tersebut:





Mungkin ada yang mempertikaikan kesahihan sijil beliau.. tapi sekarang memang terbukti sijil ini bukanlah sijil palsu dan disahkan pula melalui carian laman unviersiti tersebut!!!

Terbukti dakwaan blogger bodoh [rujuk sini] ini adalah satu pembohongan dan fitnah yang berniat jahat!!!


Selamatkan Malaysia!!


Tinggalkan PKR...


Jauhi Dosa!!!



Sumber Aspirasi




Tuesday, April 20, 2010

KENAPA DAN MENGAPA....

Ditanya mengapa bendera PAS tidak dinaikkan sebagai tanda sokongan kepada Pakatan Rakyat, Saharudin berkata:

"Selepas penamaan calon, beberapa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) datang dan meminta kami menurunkan bendera parti," katanya.

Ini kerana kata Saharudin, pegawai itu menyatakan hanya parti yang bertanding sahaja yang dibenarkan menaikkan bendera mereka.

Sunday, April 18, 2010

PRK P94, HULU SELANGOR

sembahyang dikatakan demonstrasi


Dasyat2...

Sembahyang pon dikatakan berdemonstrasi...

Mengerjakan Haji pon demonstrasi...

Patutlah tugas baring & melalak meroyan diatas jalanraya diberikan Anwar Ibrahim kpd PAS..

hahahaha...

Tahniah PAS atas tugas penting ini... 

hahahaha...

Fwd: Pembangkang ketandusan modal

Pembangkang ketandusan modal

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA dan SAIFUL HAIZAN
pengarang@utusan.com.my

HULU SELANGOR 17 April - Para pemimpin UMNO menyifatkan pendekatan pakatan pembangkang menggunakan isu Apco sebagai modal kempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor mulai hari ini sebagai bukti pakatan itu tidak bersedia memikul tanggungjawab sebagai kerajaan negeri kerana ketiadaan isu khususnya program untuk membangunkan Selangor.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pembangkang hanya bergantung kepada isu nasional sedangkan sepatutnya, sebagai sebuah kerajaan negeri yang mentadbir negeri termaju di negara ini, mereka seharusnya tampil dengan isu tempatan bagi membolehkan rakyat menilai hala tuju pentadbiran.

Tegasnya, agak ganjil dan pelik kerana sebagai sebuah kerajaan negeri, pembangkang tiada isu yang boleh diketengahkan untuk membangunkan Selangor sebaliknya ghairah pula hendak berkempen mengenai Apco sedangkan kerajaan telah menjelaskan bahawa syarikat itu tiada kaitan dengan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Isu ini tidak akan memberi kesan kepada sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) kerana pengundi di sini sangat memahami siapa yang mampu memberi kesejahteraan dan pembangunan kepada mereka.

"Pembangkang dipercayai hendak membuat laporan polis di semua balai polis di Hulu Selangor berhubung isu Apco ini semalam tetapi ia tidak berlaku dan kita juga dapat lihat sesi ceramah yang dijalankan mereka juga gagal mendapat sokongan," katanya.

Beliau diminta mengulas mengenai isu Apco yang dipercayai akan menjadi senjata utama pembangkang untuk menyerang BN pada kempen pilihan raya kali ini ketika ditemui semasa proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan mempunyai fakta yang kukuh untuk mematahkan niat jahat pembangkang yang cuba menanam kebencian khususnya di kalangan pengundi Melayu dengan mengaitkan gagasan 1Malaysia dengan One Israel melalui Apco.

Tegasnya yang juga Naib Presiden UMNO, BN juga tidak bimbang dengan isu tersebut kerana jelasnya pembangkang yang kini tertekan ekoran pelbagai masalah yang timbul dalam pakatan tersebut.

"Isu yang dibawa ini isu nasional tetapi pendekatan kita ialah memberi tumpuan kepada isu-isu rakyat yang masih memerlukan pembangunan.

"Buktinya kita telah dapat lihat sebelum pilihan raya bermula lagi apabila Perdana Menteri melancarkan program Juara Rakyat di Bukit Sentosa dan memberi kelulusan segera bantuan bagi memulihkan pangsapuri penduduk yang uzur sedangkan pembangkang tiada melakukan apa-apa," jelasnya.

Manakala, seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pula berkata, pendekatan pembangkang yang mahu menggunakan isu tersebut sebagai senjata adalah perbuatan hipokrit kerana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya dakwa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mempunyai lebih ramai kenalan berbangsa Yahudi.

"Bukan kita tak tau siapa Anwar dan siapa rakan-rakannya. Dia lebih ramai kenalan Yahudi, nasihat saya, tak payahlah jadi hipokrit kerana rakyat sekarang sudah bijak.

"Meraka nak burukkan kerajaan melalui isu Apco tetapi siapa yang banyak membantu bangsa Palestin dan menentang Israel? Kita, kerajaan BN dan bukannya Anwar," tegasnya.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata Apco bukannya satu syarikat milik Yahudi ataupun berpangkalan di Israel.

Sebaliknya, kata beliau, Apco ialah sebuah syarikat antarabangsa dari Amerika Syarikat (AS) yang mempunyai 51 penasihat antarabangsa dan membuka pejabat di 29 buah negara.

"Dia bukan memberikan nasihat tentang dasar negara, dia hanya memberikan nasihat komunikasi kepada dasar-dasar yang telah kita lakukan untuk menembusi jaringan komunikasi peringkat dunia bagi semua kementerian.

"(Agensi) perhubungan awam kita tidak mampu membuat perkara itu, oleh kerana Apco ada pejabat di 29 buah negara dia mempunyai keupayaan," katanya.


mari kita kaji balik....

Kerajaan pimpinan Umno-Barisan bersekongkol dengan Zionis Israel sehingga sanggup mengupah jeneral Israel yang terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai umat Islam Palestin. - Kelab Green Boc
itu kelab green boc- siapa dia ini....

Media Cyber:

Pertama sekali kita harus faham bahawa tiada hubungan istimewa antara kerajaan Malaysia dengan syarikat APCO selain kerajaan hanya menjalankan kerjasama. APCO hanya melaksanakan projek-projek yang ditawarkan kepadanya

Apa yang digebangkan sangat oleh Anwar bahawa 1Malaysia sama dengan 1Israel adalah tidak benar sama sekali kerana Gagasan 1Malaysia telah dicetuskan pada September 2008 iaitu sebelum APCO dilantik pada 2009 oleh Kerajaan. website 1Malaysia pun sebelum itu dah dilancarkan

Jika dilihat daripada perkhidmatan yang ditawarkan oleh APCO kepada kerajaan Malaysia, tidaklah menjadi kesalahan dari segi agama dan begitu juga undang-undang negara berbanding dengan penglibatan Anwar terlibat dalam satu organisasi think tank dunia yang dikenali sebagai the Mont Pelerin Society.

Maklumat dari AIDC pula mengatakan, pertubuhan ini ditubuhkan oleh Friedrich Hayek, Milton Friedman, Karl Popper dan Ludwig von Mises yang memperjuangkan kebebasan bersuara (freedom of expression), dasar ekonomi bebas (free market economic policies) dan nilai politik dalam masyarakat terbuka (political values of an open society). Keempat-empat tokoh pengasas adalah berbangsa Yahudi.

Kenapa itu tidak dipersoalkan oleh PAS sendiri? Tak berani? Atau Melayu Islam Pakatan Rakyat hanya menghalalkan apa saja yang dilakukan oleh Anwar?

Dalam dunia global pada hari ini, orang yahudi sebenarnya ada di mana-mana. Malah syarikat peruncitan seperti Tesco dan Carefour yang berada di seluruh dunia juga dimiliki oleh orang Yahudi pada akhirnya melalui pemilikan saham, dan umum mengetahui di negara Islam pun beratus-ratus wujud syarikat peruncitan tersebut, termasuk di Kelantan negeri yang dikuasai PAS yang dikatakan begitu membenci Yahudi.

Kalau benar Anwar dan PKR komited membenci syarikat yang dimiliki Yahudi kenapa tidak diarahkan kepada MB Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang agar mengarahkan Syarikat Tesco dan Carefour di tutup dari beroperasi di negeri tersebut?

Sekarang cuba kita perhatikan apa yang terjadi kepada Anwar Ibrahim, kenapa badan Yahudi Zionis antarabangsa tidak mengambil tindakan ke atas dirinya, sedangkan kalau kita perhatikan Anwar seolah-olah menunjukkan kepada rakyat Malaysia beliau anti Yahudi.

Sehingga hari ini media dunia yang dikuasai Yahudi lansung tidak menyiarkan kenyataan Anwar sepertimana apa yang dilakukan kepada Tun Mahathir. Oleh itu kita dapat rumuskan bahawa perancangan Anwar mengecam APCO kerana sememangnya memang diaturkan oleh Al-Gore Zionis yang mempunyai dendam peribadi terhadap APCO kerana syarikat itu pernah mengagalkan projek Hijau (Anti pemanasan global) yang di canangnya hingga membuatkan bekas Naib Presiden Amerika itu rugi dalam percaturan kewangan ekoran tindakan APCO.

Sehingga hari ini Anwar belum memberi kenyataan kenapa dirinya dilantik sebagai ahli lembaga pengarah syarikat Generation Investment Management Group yang mempunyai pelaburan di Israel.

Penduduk Hulu Selangor masih nak diperbodohkan oleh Anwar?


INSIDEN KEDUA SABTU 17 APRIL 2010


KEBENARAN


Beginilah rupanya keadaan Masjid Kuala Kubu Baru. Apabila puak-puak PAS & PKR menjadikan rumah Allah yang suci ini tak ubah seperti rumah tumpangan. Boleh buat sesuka hati mereka. Inikah Islam PAS? Ini baru penamaan calon . Belum lagi pilihanraya yang sebenar. Aku Pasti ramai lagi pengikut-pengikut HAM-PAS akan menyerang masjid-masjid sekitar Hulu Selangor dan dijadikan rumah tumpangan mereka...

MasyaAllah... Macam ni ke rupanya orang yang dikatakan memperjuangkan Islam. Tetapi pada masa yang sama menghina Rumah Allah... Alangkah sedihnya apabila melihat keadaan masjid sebegini...

Kepada Tok
Garu Nick Ajisz, aku nak tanya... Berdosakah hukumnya jika mengotorkan dan menghina rumah Allah sebegini? Aku pasti Nick Ajisz akan senyap sambil bukak kitab Karut-Marut sambil cuba mencipta fatwa-fatwa yang memesongkan akidah...

Khalid Gagap, mengapa tak disediakan rumah tumpangan kepada pencacai-pencacai nko? Tak mampu ke?? Ataupun rumah-rumah tumpangan serta hotel adalah untuk mereka yang berpengaruh sahaja?

Wahai pencacai PAS sekelian. Buka mata korang semua... Buka hati... Tengoklah... Ini bukan gambar super impose... Ini bukan rekaan...