Sunday, April 18, 2010

Propaganda ANWAR Insiden Pertama Jumaat 16 April 2010

100 penyokong pembangkang baling telur busuk bantah isu Apco Worldwide

IPOH: Pemimpin dan penyokong pembangkang yang menyertai perhimpunan membantah isu syarikat perunding, Apco Worldwide, di pekarangan Masjid Sultan Idris Shah II, di sini, membaling telur busuk hingga mencemari masjid dan jemaah yang baru selesai solat Jumaat, semalam.

Balingan itu menyebabkan percikan teluk busuk itu turut mengenai orang ramai selain kelihatan kasut berterbangan dibaling peserta perhimpunan ke arah papan itu.

Penganjur kemudian meletakkan papan berkenaan di atas jalan di pintu pagar masjid, sebelum meminta umat Islam memijak dan penunggang motosikal menggilisnya ketika mahu keluar.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakari yang diminta mengulas kejadian itu, berkata perbuatan membaling telur busuk di kawasan masjid, haram hukumnya kerana ia mencemari kesucian rumah Allah.


"Perbuatan ini (baling telur busuk dalam kawasan masjid) sangat biadap... itu bukan ajaran Islam, buatlah kerja yang senonoh sikit," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Exco Kanan Kerajaan Perak, Datuk Hamidah Osman, turut menyelar tindakan peserta perhimpunan itu.

"Perbuatan mereka ini terlalu biadap. Ini bukan budaya Islam atau budaya Melayu," katanya ketika dihubungi.

No comments:

Post a Comment